Sambungan An-Naba
“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasangan. Dan Kami telah menjadikan tidurkamu untuk berehat. Dan Kami telah menjadikan malam(dengan gelapnya) sebagai pakaian(yang melindungi). Dan Kami telah menjadikan siang(dengan cahaya terangnya), masa untuk mencari rezeki.” (An-Naba:8-11)
1) Manusia dan pasangan
Manusia diciptakan berpasangan. Allah menciptakan menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan dan saling memerlukan. Nabi Adam sendiri memohon pada Allah untuk dikurniakan seorang teman,maka terciptalah Hawa.
Allah berfirman:
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran )-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan tentram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sungguh yang demikian itu benar-benar terdapat tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum,30: 21)
Memang itu hakikatnya. Oleh itu, rasa kecenderungan kepada lain jantina akan timbul kerana ianya fitrah manusia. Mari kita hayati tulisan di bawah:
timbul kerana ianya fitrah manusia. Mari kita hayati tulisan di bawah:
"Dalam menjalani jalan dakwah ini pelbagai cabaran dan dugaan yang akan dihadapi oleh seseorang da'i ini. Sebagai seorang lelaki ataupun perempuan yang remaja, perkara yang paling banyak mengganggu adalah gejolak jiwa yang tidak tenteram. Gangguan yang dihembuskan oleh syaitan terhadap fitrah semulajadi dalam diri kita. Allah berfirman: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Q.S. Ali 'Imran, 3:14] "Dalam ayat ini Allah mengisyaratkan bahawa wanita di tempat pertama dalam tahapan kecintaan syahwat manusia. Dapat juga difahami di sini bahawa manusia itu fitrah semulajadi nafsunya akan amat tertarik kepada lawan jenisnya. Opposite Attract. Lelaki akan amat tertarik kepada wanita, dan wanita akan amat tertarik kepada lelaki. Perkara inilah yang sangat mendominasi jiwa remaja kini. Tidak terlepas juga para da'i. |
Namun jangan kita jadikan ia alasan untuk kita terlibat dalam cinta terlarang(cinta sebelum nikah). Yakini lah janji tuhan wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...
[Q.S. An-Nuur, 24:26]
So kawan-kawan sekalian, jangan risau ye. Buat yang seronok bercinta, sedarlah sebenarnya jodoh itu di tangan Allah. Sama-sama kita berdoa moga mendapat pasangan yang baik.
Robbana Hablana min ajwajina wadzuriiyatina kurrata 'ayyun waj'alna lilmutaqiina imama.
"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
[Q.S. Al-Furqaan, 25:74]
2) Tidur untuk berehat
Tidur menhentikan manusia daripada melakukan segala aktiviti, menjadikan kita dalam keadaan tidak hidupdan tidak mati, merehatkan jasad dan saraf serta menggantikan tenaga yang telah digunakan. Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari).
Tidur sekejap di siang hari dapat meningkatkan produktiviti. Hayati tulisan ini:
|
Namun ini bukanya alasan untuk kita tidur berlebihan. Banya tidur akan mematikan hati dan lebih melemahkan badan. Daripada mengalaman sendiri, di zaman sekolah sebagai seorang pelajar sekolah berasarama penuh adalah menjadi kebiasaaan akan qadho tidur jika berpeluang pulang balik bercuti di kampung. Dan kesannya,walaupun sudah tidur banyak masih lagi tidak dapat bangun qiamulail. Fikir punya fikir sebabnya kenapa. Rupa-rupanya benarlah,jika banyak tidur akan mematikan hati, seterusnya akan memberi kesan pada ibadah kita.
Mari kita contohi rasulullah dan orang-orang yang bertaqwa lain di mana mereka sedikit sahaja tidur. Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada didalam taman(syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu adalah orang-orang berbuat baik, mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam”
(Az-Zariyat,51:15-17)
3) Siang untuk mencari rezeki.
Di pagi hari,burung-burung keluar mencari rezeki. Dan lebah sendiri pun akan keluar dari sarangnya sebaik sahaja matahari mula mengeluarkan dirinya. Mari kita contohi mereka tapi jangan pula kita lepas sahaja subuh menarik kembali selimut untuk tidur.
Renungi tulisan di bawah:
|
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Q.S. Al-Qasas, 28 : 77]
Sama-sama kita manfaatkan masa siang kita, urusilah masa dengan baik. “Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata pujangga ini amat penting untuk dijadikan panduan.
renungan untuk diri ini dan lain-lain.
by sumayyah
No comments:
Post a Comment