SALAM

Wednesday, April 20, 2011

UMMI vs. ‘UMMI’

Ummi bermaksud ibu atau emak, dan semua orang pasti ada ibu yang melahirkannya. Peranan ummi pada anak-anak sangatlah penting kerana ummi merupakan role model pertama yang dilihat dan dicontohi oleh anak-anak. Ummi akan beri yang terbaik untuk anak-anaknya, sanggup tidak tidur malam semata-mata melayan kerenah anak-anaknya. Semoga kita semua menjadi anak yang sentiasa mendoakan kebaikan buat ummi kita serta sentiasa berbuat baik dan menjadi anak yang solehah untuk mereka.


‘Ummi’ yang berada diantara kod dan kod ini adalah berlainan dari ummi (ibu) kita tetapi ciri-cirinya hampir sama. Di dalam usrah seorang murabbi/ah perlu mempunyai empat kriteria supaya halaqahnya berjalan dalam suasana yang harmoni. 4 Kriteria itu adalah:

1.      Murabbi/ah sebagai seorang kawan
2.      Murabbi/ah sebagai seorang ayah / ibu
3.      Murabbi/ah sebagai seorang ustaz / ustazah
4.      Murabbi/ah sebagi seorang syeikh

Salah satu peranan seorang murabbi/ah adalah sebagai seorang ayah / ibu, sebagai seorang perempuan untuk lebih dekat ana akan menggunakan perkataan ‘ummi’ (ibu).

Apabila kita mempunyai anak halaqah maka kita perlu sentiasa memainkan peranan yang penting dalam hidupnya, kerana kita akan dilihat sebagai orang yang selalu diharap untuk beri yang terbaik kepada mereka.

Menjadi seorang ‘ummi’ merupakan satu cabaran yang agak sukar bagi seorang murabbiah sebenarnya, kerana ia akan membuatkan kita tidak akan terlalu memikirkan tentang diri melebihi memikirkan tentang anak halaqah. Kita akan banyak memikirkan macam mana untuk memberi yang terbaik untuk mereka berbanding melayan perasaan sendiri secara berlebihan. Kita akan sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk mereka berbanding diri sendiri. Kita juga akan sentiasa berfikir dan berbuat agar mereka dapat meneruskan tarbiyah untuk diri mereka sendiri. Kita juga akan terus menerus berusaha agar tarbiyah yang dilalui oleh mutarabbi/ah kita adalah tarbiyah yang benar dan mereka akan mengamalkannya walau di mana pun mereka berada.

Teringat ana pada satu pengisian oleh seorang ikhwah. Dia kata seorang murabbi/ah yang matang adalah seorang murabbi/ah yang memikirkan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Tersedar ana saat tu bahawa ana belum lagi menjadi seorang murabbiah yang matang, insyaallah diri ini masih dalam perlatihan dan akan cuba buat yang terbaik dalam jalan ini.

‘Ummi’ yang baik tidak semestinya akan menjadi ummi yang baik tetapi berusaha untuk melakukan persediaan sebaik mungkin untuk menjadi ummi yang terbaik suatu saat kelak. Ini kerana, menjadi seorang ummi adalah lebih sukar daripada menjadi seorang ‘ummi’. Semoga kita semua masih lagi mempunyai himmah yang tinggi dalam menempuh jalan yang penuh ranjau dan berduri..


Wallahua’lam..

Ya Allah yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah hati kami dalam AgamaMU dan tetapkanlah hati kami dalam MenaatiMU. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

p/s: asif jiddan kerana tidak dapat beri yang terbaik untuk pengunjung blog ini kerana ana masih dalam proses belajar dan cuba untuk jadi yang terbaik disisiNya. 

~muslehah~

No comments:

Post a Comment