Setiap orang berhak menyampaikan kebaikan. Malah, kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim atau muslimah sememangnya memegang tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai pembawa kebaikan. Menyeru orang kearah kebaikan bukan hanya terhad kepada sesetengah golongan yang dikatakan layak untuk menyeru. Tetapi telah tergalas di bahu masing-masing sejak dilahirkan lagi bersama tauliah khas yang telah dianugerahkan oleh Allah pada setiap diri seorang muslim.
Orang yang memahami akan tanggungjawab ini akan sedaya upaya mencari jalan yang terbaik yang boleh menyampaikan suara seruannya. Tidak kira medium sama ada melibatkan diri dalam mana-mana badan organisasi atau bergerak secara sendiri dan berhijrah mencari peluang mengislah diri kearah yang lebih harmoni. Mereka yang memahami tuntutan seruan ini merasakan seandainya diri tidak bergerak untuk bekerja menyampaikan seruan ke arah kebaikan, adalah suatu kerugian yang besar. Oleh sebab itulah, orang yang bersedia bekerja bersama demi tuntutan agama ini, bukan sahaja melapangkan diri untuk menerima tanggungjawab, malah bersedia ‘mendarahdagingkan’ diri kepada sesuatu yang bernama pengorbanan. Kerana memamg lumrah orang yang menyeru, pasti dirintangi dengan perbagai dugaan dan cabaran. Dan pengorbananlah yang menjadi pertaruhan.
10 muwasoffat tarbiyah yang telah di gariskan oleh Imam Hasan al-Banna, sebagai rujukan seseorang untuk mengislah diri kearah kebaikan. Inilah tangga pertama yang perlu dinaikki oleh seorang muslim untuk membentuk diri sebagai muslim yang sejati. Hal ini adalah permulaan pertama yang perlu dilalui. Kerana orang yang menyeru perlu memastikan apa yang akan diseru telah atau sedang dilaksanakan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Menyeru ibarat merawat penyakit dan sasaran pesakit adalah masyarakat sekarang yang sedang sakit dan tenat dek kuman-kuman jahiliyyah yang semakin merebak. Kitalah Tabibnya. Mana mungkin seorang yang sakit ingin mengubati orang lain yang juga sakit sepertinya, melainkan diri sendiri dahulu berusaha menyembuhkan penyakit yang ada pada diri sendiri.
Atau dengan ungkapan mudahnya, sekiranya kita menyeru kearah akhlak yang baik, pandanglah dahulu akhlak yang ada pada diri sendiri. Sekiranya kita memperkatakan soal kesempurnaan ibadah, maka seiringlah usaha untuk memperelokkan ibadah kita seharian, dan sekiranya kita berbicara soal hati, maka selidiklah hati sendiri dahulu sebelum merawat hati yang lain.
Oleh itu….
Mulakanlah dengan diri sendiri dahulu…
Sebagai orang yang menyeru ke arah kebaikan, contoh teladan harus dimulai dengan diri sendiri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w adalah qudwah pertama bagi dai’e dalam memperjuangkan agama Islam, sahabiah dan ummahatul mukminin adalah qudwah kedua kita. Oleh itu persediaan ilmu dan amal mestilah seiringan.
Saya memetik Hadist Rasulullah saw:
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya : Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radiallahuanhuma berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya, kemudian ia berpusing-pusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian itu lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya dan berkata kepadanya : “hai fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran?” lalu dia menjawab: “ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”.
Wallahu’alam
Hijrahkanlah diri terus-menerus ke arah ketinggian Islam. Seiringkan iman, ilmu dan amal dalam perlakuan kita seharian, kematangan harus dipupuk dengan berfikiran rasional dan terbuka, tetapi tidaklah sehingga terkeluar dari batasan syara’. Semua ini adalah untuk menuju ke arah kesejahteraan dan kemurniaan hidup sebagai umat Islam umat yang terpilih sebagai ‘penyeru’ ke arah kebaikan. Genggamlah ungkapan ini “ Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung”. Jangan lah kita lupa, di bahu kita sarat dengan tanggungjawab pengislahan dan pembelaan terhadap Islam, jangan sesekali memilih zon selesa walau beribu rintangan mendepani kita, kita akan kuat jika kita berani, halusilah ia dengan ilmu yang mantap ke arah persediaan yang utuh. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.
Sesungguhnya kebahagiaan kita dalam menyeru akan terasa indah apabila apa yang disampaikan menjadi penguat semangat yang berterusan kepada diri. Benar, mudah memperkatakan, tetapi sulit mempraktikkan lantas melahirkan sifat dan akhlak terpuji sebagai tauladan.
Teringat saya akan firman Allah:
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya membuat kebaikan, sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, maka tidakkah kamu berfikir? “~ al-Baqarah;44
Gementar rasanya hati, apabila saya sebagai orang yang bekata menyampaikan peringatan ini. Pastinya semua ini untuk diri sendiri. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk lebih bersemangat dan sentiasa mengislah diri serta menyeru hati-hati ke arah mencapai keredhaan Allah.

~ NY
No comments:
Post a Comment