Jom tadabur!!!
Allah berfirman yang berbunyi:
“Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? Tentang berita yang besar(hari kebangkitan), yang dalam hal itu mereka berselisih. Tidak kelak mereka akan mengetahui. Sekali lagi tidak! Kelak mereka akan mengetahui. Bukankah kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan gunung sebagai pasak?”
(An-Naba,78:1-7)
Permulaan surah menunjukkan kecaman terhadap pertanyaan yang dipersoalkan dan hairan kenapa perkara tersebut dipersoalkan. Persoalan tersebut tidak dijawab terus, tetapi dihanya menyebut sifat perkara tersebut. Kemudian surah ini menegaskan supaya tidak mempersoalkan lagi tentang pertanyaan itu dan pengulangan lafaz ‘kalla’ diulang menunjukan keseriusan ancaman tersebut.
Seterusanya surah ini beralih kepada topik lain iaitu kekusaan ALLAH. Bumi dihamparkan untuk berjalan. Dan kehidupan yang dilalui manusia sebagai perjalan untuk menuju tuhannya. Gunung sebagai pasakan. Pasakan yang bagaimana?
Mari kita lihat fungsi kewujudan gunung dan bukit-bukau yang diciptakan Allah. fungsi kewujudan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai pasak dan penstabil bumi daripada gegaran. Firman Allah:
“Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju”. (al-Nahl,16:15).
Allah juga berfirman:
“Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh, agar ia tidak goncang bersama mereka, dan Kami jadikan pula di sana jalan-jalan yang luas ,agar mereka mendapat petunjuk. (al-Anbiya’,21:31).”
Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas ternyata bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi. Selain itu penemuan baru para saintis di bidang geologi dan kaji bumi juga mendapati bahawa bukit-bukau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever,seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia. (http://abdullahbukhari.blogspot.com/2009/09/mukjizat-al-quran-fungsi-gunung-ganang.html)
Selain itu, dalam tulisan ilmiah mengambarkan struktur gunung adalah seperti berikut:
Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. [(General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305) - http://www.keajaibanalquran.com/earth_mountains.html]
Kesimpulannya, ayat-ayat ini mengambarkan betapa agungnya Allah. Maha Bijaksananya Allah mencipta bumi dan gunung-ganang. Semakin tinggi ilmu manusia, semakin besar hakikat yang akan dipahami disebalik fenomena kejadiaan alam.
Akan bersambung…….(3:190-191)
By Sumayyah
Rujukan tambahan:
Asas-asas Islam,Jilid 1
Rujukan tambahan:
Asas-asas Islam,Jilid 1
No comments:
Post a Comment