Alhamdulillah, hujung minggu yang baru berlalu walaupun memenatkan fizikal, tapi mental masih mampu menerimanya. Perjalanan malam berbantalkan kerusi bas yang tidak berapa empuk masih mampu melenakan diri di dalam bas kerana penat di siang hari.
Indahnya berada dalam jalan ini menyebabkan diri sangat cinta padanya. Salah satu medan tidak asing bagiku, membesar bersama akhwat lain di medan tersebut dalam keadaan bertatih dan masih lagi mengunjungi medan itu setiap minggu walaupun sudah berada di IPT.
Berjumpa dengan akhwat di DHL membuatkan hati makin ingin bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah di medan ini. Memeras otak memikirkan cara dan jalan yang terbaik untuk terus memberi kesinambungan dakwah di medan ini.
Kata-kata saidina Ali: “Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.”
Jadi mari sama-sama kita menyusun rangka kerja kita sebaik mungkin agar ia dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang dibuat.
Salah satu muwasafat tarbiyah yang perlu di penuhi oleh seorang ikhwah atau akhwat yang sedang ditarbiyah adalah tersusun urusannya.
Memang senang untuk ditaip dan bertambah senang untuk dilafazkan tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan serta mengamalkannya. Ia memerlukan mujahadah(kesungguhan) yang tinggi dalam menempuhinya.
Jika kita asyik mengeluh dengan mengatakan “banyak assignment”, “mid-term exam berderetlah”, “tak sempat nak ziarah”, “tak prepare taklim lagi” dan kerap kali terdengar “tak siap task halaqah malam ni”. Jadi apa yang kita dapat, hanyalah kesibukan yang berpanjangan sebab apa yang dikatakan oleh seseorang dikira doa dan apa yang difikirkan dan apa yang dikatakan itu yang akan menyebabkan anggota badan bertindak melakukannya.
Jadi kita perlu berfikiran positif dengan terus melakukan planning setiap minggu dan ‘to do list’ setiap hari, insyaallah kita akan mampu melakukannya. Usaha, doa dan tawakal pada Allah sangat diperlukan dalam kita beribadah seharian kepada Allah.
Ana mengingatkan diri ana terutamanya dan semua ikhwah dan akhwat agar kita menjadi seorang yang tersusun urusannya walaupun ia melibatkan dunia atau pun akhirat. Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan menerima amal-amal kita sebaik mungkin. Jom kita jadi seorang yang tersusun urusannya dengan melakukannya dengan bersungguh-sungguh!
Ya Allah, yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
p/s: asif lambat send, hari sabtu seharian laptop ana tidak bersama ana.
~muslehah~
No comments:
Post a Comment