SALAM

Saturday, March 12, 2011

Ajal Pasti Tiba

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Allah masih memberikan kita nikmat untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang akhwat yang berada di sini. Semoga ukhti berada dalam redha Illahi dan semoga ukhti makin mendekatkan diri pada Allah.



Setiap tahun, pasti kita akan menyambut hari ulang tahun kelahiran kita dan tanpa kita sedari sudah makin bertambah usia kita di dunia ini dan semakin pendek usia kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kita sering menyambut hari lahir kita dengan sedikit jamuan atau lebih sinonim dengan “birthday parti” tetapi kita kurang muhasabah diri pada hari lahir kita dengan memikirkan berapa amal yang telah dilakukan sepanjang hidup di dunia ini.

Semakin hari kita sibuk dengan kehidupan dunia sehingga kita sering terlupa untuk beramal untuk kehidupan di akhirat kelak yang kekal abadi. Inilah sifat manusia yang sering lupa akan tugasnya yang utama di dunia ini. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Semoga kita sentiasa ‘refresh’ niat kita agar amal yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t..

Semalam semasa berada di kafe terpandang siaran berita di televisyen, sungguh menyayat hati. Ana tidak dengar di mana tempatnya tapi dapat lihat suasana di tempat tersebut iaitu gempa bumi di Tokyo, Jepun yang mengakibatkan tsunami (tempat ni pun tahu pagi tadi lepas buka berita harian online). Jadi untuk mendapatkan kepastian di mana tempat tu ana bertanya kepada pak cik cashier, tapi ana dapat respon yang tidak menjawab soalan ana tapi menyindir ana dengan mengatakan “Aii.. takkan tak tahu, dunia dah nak kiamat dah.” Terasa ana saat tu, tapi bila teringat apa yang dikatakan pakcik tersebut dan caranya menjawab soalan ana, ana jadi sedih kerana senang sahaja manusia mengungkapkan perkataan dunia nak kiamat tapi persiapan untuk beramal dengan sebaiknya tidak seiring dengan apa yang diperkatakan.


Muhasabah ana bersendirian tatkala Allah menegur ana dengan apa yang dikatakan oleh pakcik tersebut. Terima kasih Allah dan terima kasih pak cik. Semoga kita sentiasa bermuhasabah agar setiap yang kita terima diambil secara positif walaupun ditegur atau dikritik secara kasar.


“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” (Al-A’raf, 7 :34)

Berbalik pada tajuk asal, setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Jadi kita perlu menyiapkan diri bagi menghadapi kematian yang pasti terjadi. Semoga Allah meredhai setiap detik-detik dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

~muslehah~

1 comment:

  1. "orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat akan mati"..semoga kita sama2 tergolong dalam kalangan orang tersebut dan sama2 lah ingt mengingati...

    ReplyDelete