Teringat satu mesej yang diterima dari seorang akhwat ketika sedang bercuti pada cuti semester tahun lepas. Mesej di reply oleh akhwat tersebut apabila diri ini menyatakan betapa teruknya iman ketika berada di rumah di mana mutabaah amal yang dilakukan tidak lagi membuatkan hati bersungguh-sungguh dalam melakukannya. Mesej tersebut masih lagi tersimpan kemas di dalam handphone.
Insyaallah, ana ingin berkongsi tentang isi yang sangat penting dari mesej tersebut. Isi kandungan mesejnya adalah berkaitan sabar daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Zambri. Rancangan Tanyalah Ustaz ditonton oleh akhwat ini pada hari yang sama ana mesej padanya.
Sabar itu ada tiga keadaan:
1) Sabar dalam menghadapi ujian
2)Sabar dalam ketaatan pada Allah
3) Sabar dalam menghindari maksiat
1) Sabar dalam menghadapi ujian
2)Sabar dalam ketaatan pada Allah
3) Sabar dalam menghindari maksiat
Insyaallah, sebagai seorang akhwat yang ditarbiyah kita sering dididik agar menerapkan dan mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian kita kerana kita yakin dengan matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah.
Ayat yang sangat ana terkesan dari mesej tersebut adalah “Ukhti, kita mungkin tidak bermaksiat seperti pelaku maksiat yang lain (contohnya berzina, minum arak, couple dan lain-lain) tetapi maksiat yang mungkin kita lakukan adalah dengan tidak menjaga hubungan dengan Allah.”
Insyaallah, kita mudah menjadi seseorang yang sangat bersabar dalam menghadapi ujian dan menghindari maksiat secara berterusan kerana kedua-dua keadaan ini akan membuatkan kita lebih berhati-hati dan berfikir secara positif serta redha dengan ketentuanNya. Tetapi sabar dalam ketaatan sangat sukar untuk kita berbuat dalam keadaan berterusan (istiqamah), kerana kita tidak diasak dengan ujian yang berat tetapi sabar dalam ketaatan memerlukan kita melakukannya secara rela dalam setiap ibadah.
Kita sukar untuk bersabar dalam menjaga mutabaah harian seperti tilawah, dhuha, qiamulail, istighfar, mathurat dan puasa sehingga kadang-kadang kita merasa tidak apa jika kita meninggalkannya sehari/sekali dalam seminggu. Kita juga sukar untuk bersabar dalam menjaga mutabaah amal sehingga akhirnya kita berputus asa dan merasakan mutabaah amal menjadi beban pada diri kerana niat yang salah.
Apabila sekali sahaja kita bermaksiat kepada Allah dengan tidak menjaga hubungan denganNya. Keadaan ini memberi impak/kesan yang sangat besar pada iman. Na’uzubillahiminzalik, semoga Allah mengampuni dosa kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa sabar dalam ketaatan kepadaNya.
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
Ya Allah, yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
p/s: asifah lambat send
~muslehah~
No comments:
Post a Comment