SALAM

Tuesday, March 1, 2011

Refleksi iman: sudahkah kita Khusyuk?

Setinggi-tinggi syukur dirafakkan pada Allah Azza wa Jalla, pemilik hati dan jasad. Selawat dan salam ke atas junjungan agung , Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam diperpanjangkan pada ahlul bait, sahabat wa sahabiah, para tabi’in, tabiut tabiin, para salafussoleh  dan  segala mukmin dan mukminat yang masih teguh memperjuangkan kalimat ulya, La ila ha ilallah. Moga Allah rahmati kita
                
Lumrah hidup tidak pernah lari dari masalah. Persoalannya camne kita  tangani segala masalah itu semasa kita hendak berjumpa dengan Allah semasa solat? Mungkin kekadang terasa nak ekspress..tapi itukah hadiah yang wajar diberikan padaNya?

                Persoalan untuk khusyuk dalam solat begitu kompleks untuk di aplikasi pada hari ini. Sirah mengajarkan bahawa para pendahulu begitu mudah merehatkan diri dengan solat dan membaca kalam Allah. Teringatkan kisah Rasulullah bsama Abdullah ibnu mas’ud. Pada waktu itu, Rasul meminta Abdullah membaca al-quran untuknya. Sesi dialog bermula..

Layakkah Aku untuk membaca kan ayat2 Allah untukmu sedangkan engkau seorang yang mulia dan Allah mewahyukan ayat2 tersebut kepadamu

Disebabkan engkau adalah seorang pembaca Al-quran terbaik ya ibnu mas’ud menyebabkan aku suka jika engkau yang membacakan kalam2 Allah itu untuk kudengari

                Abdullah ibnu mas’ud merupakan sahabat yang elok bacaannya sehinggakan malaikat juga suka berjemaah dengannya ketika solat. Subhanallah..

                Realitinya, mari kita renungi bagaimanakah caranya untuk khusyuk?

Sebelum itu, suka saya mengajak untuk kita sama2 berfikir:

"Apa pandangan anda  jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" 
“Apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" 

Takpelah dah terlanjur tulis , baik saya jawabkan…

Sudah tentu dia tak berapa takut, kita pulak yang takut biasanya" 

Tindakan kita adalah refleks daripada ILMU dan KEYAKINAN.. sudah tentulah kanak2 berusia setahun tidak akan takut bila berada di cerun kerana ilmu yang ada pada mereka tidak sampai ke tahap untuk mereka menjauhi bahaya. Berbeza pula kita , dimana apabila berhadapan harimau.. mesej yang sampai pada otak mengisyaratkan BAHAYA dan perlu untuk kita menghindari. Hormon Adrenalin pula menghantar impuls ke otak untuk menjauhi keadaan bahaya tersebut..

*Adrenalin hanya akan dirembeskan bila kita berada dalam keadaan bahaya atau takut

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً
Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"



Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Masalah  yang dialami oleh kita kerana tak khusyuk ini melambangkan ilmu dan keyakinan kita masih tidak kukuh  tentang kebesaran dan kekuasaan Allah Azza wa jalla.  Natijahnya sukar untuk kita faham dan aplikasi dalam kehidupan. Oleh itu , dekatilah Allah dan KENALI lah dengan pembacaan dan doa agar mudah untuk kita rasakan kebesaran Allah di hati, dan menghayati ibadah solat yang kita lakukan seharian. Allah Maha Penyayang dan Pengasih. Jangan jemu untuk meminta padaNya!




*Peringatan buat diri penulis khasnya dan selebihnya kepada pembaca

Diolah:  Aina Qalbyna


No comments:

Post a Comment