perkongsian membuatkan kita makin kuat
Moga semuanya kerana iman
dan bukan sebaliknya
bismillahirahmanirrahim
Wajarkah diri ini merasa cukup terhadap nikmat Allah? tanpa sedar Allah mengganjarkan kita rasa bahagia dalam dunia yang hanya pura2. Duniaku, dimensiku, hidupku..semuanya milik aku..
Bongkaknya manusia bila mana merasakan segala nikmat adalah kerana kepintaran, kepandaian dan ilmu yang dimilikinya.. Wahai manusia sedarlah bahawa semua yang kita miliki hanya pinjaman yang tak tau bila akan di ambilnya kembali. mahukah kita menjadi Qarun versi moden?
Dia(Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi(harta itu) semata-mata kerana ilmuyang ada padaku"
(Al-Qasas:78)
Terkadang manusia itu, melakukan sesuatu kerana ilmu. Tapi ilmu tanpa hikmah akan membinasakan akhirnya. Dalam nak ajak manusia kepada kebaikan , jika bersandarkan ilmu sahaja tidak mencukupi. Analoginya seperti bola ping pong.. ilmu itu ibarat bola ping pong . Dalam skill nak menegur jika kita menegur kerana ilmu..ia seperti kita melambung bola dan akhirnya kita smash bola itu. Ibaratnya kita mengangkat ilmu yang kita miliki dan menghukum tanpa menyelidiki. Pasti pahit bagi yang mendengarnya.
Contohlah, selalunya bila lihat kawan2 yang tak tutup aurat..pasti ramai yang akan menganggap ianya teruk. Tapi sedarkah kita bahawa mungkin disebabkan kurangnya kita berperanan menegurnya membuatkan mereka leka dengan dunia yang pura2 ni. Zalim kita tak tegur mereka. Mungkin mereka jahil dalam bab ni.
to be continued..
created by: AQ
No comments:
Post a Comment