Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani yang mencipta dan mentadbir seluruh alam, yang menetapkan segala takdir bagi semua makhluk. Dia yang berkuasa atas segala-galanya..
Tetiba hari ini hati ingin melakar cerita diri, mungkin sebagai luahan hati atau sekadar coretan biasa sebagai peringatan hati pada Sang Khalid..Semalam hari ahad 6 mac 2011 bersamaan 1 rabiulakhir 1432h. Ujian dan nikmat datang silih berganti pada hari ini, adanya suka adanya duka yang menguji ketabahan hati dalam menghadapinya.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan…….(2:214).
Penciptaan cuaca yang aman pada awalnya dengan cahaya matahari yang menyinari alam semester. Pada jam 10 pagi Allah masih lagi memberi nikmat pada diri untuk meneruskan perjuangan dalam amanah yang dipikul, di panjatkan kesyukuran padaNYA sehingga perjuangan untuk hari ini selesai pada jam 2 petang. Kemudian masih lagi diberi kekuatan untuk terus melangkah mencari santapan jasmani untuk tengah hari ini dengan mendapat nikmat makanan yang dah berhari-hari diidamkan namun agak dukacita disebabkan nikmat yang diperoleh tidak mampu untuk dinikmati dengan romate2 walaupun dah berminggu-minggu merancang, namun Allah tetap mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Kemudian langkah diteruskan lagi menuju ke pejabat asrama untuk mendapat kepastian berkenaan pelekat untuk motor kesayangan, Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusannya, walaupun tak diluluskan permohonannya tapi diri ini masih lagi diberi peluang untuk mengisi borang buat kali kedua permohonan, mungkin salah diri juga permohonan pertama ditolak, syukur padaMU kerana masih lagi memberi diri ini peluang dan ruang. Tapi agak terkilan disebabkan ingin menyelesaikan permohonan kedua, ayahanda tersayang di kampung terpaksa disusahkan, ayahanda terpaksa berkejaran ke pejabat sebelum tamat operasi untuk hari ini demi menyelesaikan surat-surat yang diperlukan, besarnya pengorbananmu ayahanda tercinta, tak terbalas oleh diri ini,
“Abah, jah mohon ampun jika ada salah dan silap yang menguris hati abah, doakan kejayaan jah di sini, hanya doa jah mampu iringi demi kebahagian abah dan mak ”.
Dan Rabb-mu telah memerintahkan kpd manusia janganlah ia beribadah melainkan ha kpdNya dan hendaklah beruntuk baik kpd kedua orang tua dgn sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari kedua atau kedua-dua telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kpd kedua ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan katakanlah kpd keduanya perkataan yg mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua dgn penuh kasih sayg. Dan katakanlah, “Wahai Rabb-ku saygilah kedua sebagaimana kedua menyaygiku di waktu kecil” (17:23-24).
Terima kasih Allah dengan nikmat ibu bapa yang terlalu penyayang dan ambil berat terhadap anak-anaknya..
Namun petangnya titisan air dari langit mula menunjukkan diri ketika diri ini sibuk menyelesaikan surat –surat yang diperlukan sehingga makanan yang dibeli tak mampu untuk disentuh. Ini lah hikmah Allah untuk tidak lunch sama2 dengan romate2 tersayang. Dalam sibuk mencari jalan penyelesaian untuk surat-surat yang diperlukan, ada akhwat yang datang menghulurkan bantuan, walau dalam keadaan hujan yang sangat lebat, akhwat sanggup bersusah bersama diri ini meredah hujan yang lebat sehingga kami berada dalam kesejukan demi menyelesaikannya. Walaupun berada dalam ujian suratnya, ujian hujan yang berlebatan dan ujian motosikal yang down, namun Allah masih lagi memberi nikmat ukhwah ketika berada dalam keadaan seperti ini. Namun satu lagi ujian yang perlu ditempuhi apabila motor kesayangan meragam buat kali ke berapa pun dah tak ingat. Sungguh hebat diri ini diuji dengan kenderaan yang satu ini, hanya kesabaran yang mampu dilaksanakan, tapi kami masih bersyukur kerana tiada berlaku kecelakaan walaupun motor hampir terbalik.
“Jazakillah ukti kerana bersama ana walau terpaksa bersusahan dengan motor dan meredah hujan yang lebat, hanya kalimat keramat TERIMA KASIH yang mampu ana ucapkan. Sayang enti kerana Allah “.
Yang Allah diri ini bersyukur dengan nikmat sahabat yang Engkau kirimkan.
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (49:10).
Alhamdulillah, motor pun dah masuk hospital yang sepatutnya, pak cik yang tak pernah jemu membantu telah datang membawa ia pergi buat seketika. Semoga dipermudahkan Allah atas urusan yang dibuat.
Hanya sekadar coretan hati yang ingin diluahkan atas apa yang telah dihadapi sebagai peringatan diri bahawa hanya Allah yang berkuasa atas semua perkara dan ujian yang dihadapi sebagai peringatan untuk kita atas dosa-dosa yang lalu. Sesungguhnya kita yang merancang untuk sesuatu tapi jika Allah kata tidak, perkara tersebut tak akan berlaku. Jika dibilang antara nikmat dan ujian untuk satu hari ini sahaja, nikmat melebihi daripada ujian, jadi kenapa kita nak sombong padaNYA sedangkan Dia sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya. TERIMA KASIH RAB KU.
~bunga~
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar
ReplyDeleteMoga segalanya lancar ukhti..
Syafakillah utk mota yg dimasukkakn ke wad..
Smoga kuda tu dpt tertambat secara halal..
Allahuma yassir ya Kareem..
jazakillah atas doa yg dikirimkan...Insyaallah...
ReplyDelete