SALAM

Sunday, April 3, 2011

Ujian dari yang Maha Pencipta

Assalamualaikum w.b.t.

Salam terindah buat ukhti tersayang..

Pertama-tamanya ana memohon ampun kepada Allah diatas segala dosa dan maksiat serta kesalahan yang telah, sedang dan akan dilakukan. Semoga Allah menerima diri ini untuk selalu berusaha mendekatiNya.

Ana juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini, semoga Allah sentiasa merahmati ntunna semua.

Setiap orang akan di uji dengan apa yang diperkatakan. Orang yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan kepada orang lain dan mencegah kemungkaran atau boleh dikatakan seorang dai’e. Mereka dan kita akan selalu diuji dengan apa yang diperkatakan. Kita akan diuji dengan apa yang kita sering seru ke arah kebaikan dan cegah yang mungkar.

Jika Allah menguji hambaNya, tanda Allah sayang dan memberi perhatian padanya. Insyaallah, sama-sama kita bayang dan rasa kasih sayang yang Allah curahkan setiap kali kita diuji olehNya. Dengan ujian yang diberi, kita perlu sentiasa bersabar dan bersyukur dengan kurniaannya, jika kita sering mengeluh dan merungut, hasilnya kita tidak dapat mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Contoh situasi kita akan diuji dengan apa yang sering kita katakan:

Situasi pertama:

Seringkali di dalam usrah kita menekankan kepentingan menjaga hati, jangan bermaksiat dengan hati dan ia sering sinonim dengan pergaulan lelaki dan perempuan. Jadi amal tidak ditunjukkan dengan cara kita berbicara sahaja tetapi ia perlu ditunjukkan dan dipraktikkan dengan amal perbuatan dan akhlak kita seharian.

Selepas itu datang silih berganti orang yang  akan mengganggu hati kita iaitu orang yang berlainan jantina dengan kita. Jika kita tidak ditarbiyah, kita akan memandang lelaki yang kaya, hensem dan berpangkat, tetapi bila sedang ditarbiyah kita akan diuji dengan lelaki yang berperwatakan baik, alim dan sejuk mata memandang. Jika kita kata ‘no couple before married’, jadi kita perlu buktikannya dengan amal perbuatan kita. Di sini perlunya kita meneguhkan iman dengan sebaik-baiknya agar tidak tersungkur dikemudian hari.

Situasi kedua:

Kita sering berkata, jaga tilawah nti, jangan lupa qiam, dah dhuha ke belum. Jika kita asyik mengatakannya,kita perlu berbuat terlebih dahulu, barulah ia akan berkesan kepada orang lain. Allah akan menguji kita dengam menyibukkan kita dengan kesibukkan keduniaan contohnya, banyak program yang perlu dihadiri, banyak assignment yang perlu dihantar dan exam yang berderet. Apabila kita diuji dengan sedemikian rupa, adakah kita meninggalkan amalan yang sering kita katakan? Adakah kita bersabar dengannya dan masih menjaga tilawah kita sebaik mungkin? Semoga kita tergolong didalam golongan yang sentiasa bersabar dengan ujian yang Allah berikan buat kita.

Pernah terdengar kata-kata: “Jangan diminta diperkecilkan ujian tetapi mintalah diperbesarkan iman agar dapat menempuh ujian.”

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik” [HR Abu Dawud]

Ya Allah yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami dalam AgamaMu dan tetapkanlah hati kami dalam menaatiMU. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

~muslehah~

1 comment:

  1. betul tu..
    sedang mengalami gejala ujian

    betapa perlunya hati untuk sentiasa dididik agar selari kata dan amal
    kekadang terleka
    tapi ya ukhti, bila kita sedar kembali
    istighfarlah kerana Allah masih ingatkan kita untuk selalu mengingatiNya

    ReplyDelete