SALAM

Monday, February 28, 2011

TAKDIRNYA

Bismillahhirahmannirahim...

riadah bersama ketika cuti 

berehlah ukhuwah 

masing-masing bersemangat 

puncak telah didaki bersama




Takdir kadang-kadang mempertemukan kita sesuatu yang tak diundang,
menduga dalam bermacam-macam ragam,
memberi apa yang tak dirancang sehingga membuatkan kita mengalir air mata kesedihan dan
takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan sesuatu yang tersayang,
namun takdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam erti kasih dan sayang,
mengenali apa erti sebuah persahabatan,
merasai erti kegembiraan dan kebahagian,
mengenali sebuah ketabahan dalam dugaan dan
memberi erti dalam sebuah keakraban,
memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa teman, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang episod kehidupan..
Takdir juga membawa diri ini sehingga ke hari ini,
takdir juga yang membentuk diri menjadi manusia,
takdir yang datang x pernah terduga, namun ia tetap tiba..
Dengan izinNYA takdir terjadi kepada sesiapa yang menyedarinya dan kepada sesiapa yang merasainya..
Bersyukur lah dengan takdir yang telah tercipta untuk kita…

Sekadar coretan hati yang ingin melukis…

~bunga~

Saturday, February 26, 2011

Zikir + Fikir = Ulul Albab

Subhanallah, hari ini pemandangan di tasik sangat cantik, lebih-lebih lagi ditemani dengan seseorang yang istimewa yang membuatkan diri ini merasakan tarbiyah dan dakwah merupakan perkara yang sangat penting dalam hidup ini. 

Seperti kata-kata Mustafa Masyhur: “Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi tanpa Tarbiyah segala-galanya tidak bermakna”.

Sewaktu melihat pemandangan di tasik yang dihiasi langit biru yang berawan putih serta pokok-pokok yang beranting, teringat satu rancangan di TV9 yang bertajuk “Tanyalah Ustaz” pada siri Zikir dan Fikir oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Tajuk Zikir dan Fikir diambil dari surah Ali Imran, 3: ayat 190-191.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,

(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.

Dari rancangan ini dapat disimpulkan bahawa ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sebaiknya sehingga dapat meletakkan semua perkara pada perspektif yang betul.

Ulul albab mementingkan zikir dan fikir. Mereka memikirkan tentang kejadian-kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya. Bagaimana pergantian malam dan siang serta penciptaan langit dan bumi, semuanya terdapat tanda-tanda kebesaran Allah. Bukan sekadar berfikir sahaja bahkan mereka berzikir sambil berdiri, duduk atau berbaring dalam keadaan mereka befikir.

Subhanallah, inilah yang perlu kita lakukan. Apabila kita melihat atau melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian, kita bukan melihat atau melakukannya dengan fikiran dan hati yang kosong semata-mata, tetapi kita melihat dan melakukannya dengan fikiran yang sarat dengan berfikir dan hati yang sentiasa berzikir.

Dapat dilihat fikir letaknya pada akal manusia dan zikir terletak pada hati manusia. Jika digunakan kedua-duanya dengan sebaik mungkin, Insyaallah kita akan menuju kepada mukmin yang bertakwa yakni mukmin yang takutkan Allah.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam AgamaMu dan tetapkanlah hati kami dalam menaatiMu. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. Amin ya Rabbal ‘Alamin.


~muslehah~

Sambungan tadabur surah An-Naba

 Sambungan An-Naba
“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasangan. Dan Kami telah menjadikan tidurkamu untuk berehat. Dan Kami telah menjadikan malam(dengan gelapnya) sebagai pakaian(yang melindungi). Dan Kami telah menjadikan siang(dengan cahaya terangnya), masa untuk mencari rezeki.”                          (An-Naba:8-11)
 1) Manusia dan pasangan
Manusia diciptakan berpasangan. Allah menciptakan menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan dan saling memerlukan. Nabi Adam sendiri memohon pada Allah untuk dikurniakan seorang teman,maka terciptalah Hawa.
Allah berfirman:
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran )-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan tentram kepadanya. Dan Dia menjadikan di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sungguh yang demikian itu benar-benar terdapat tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum,30: 21)
Memang itu hakikatnya. Oleh itu, rasa kecenderungan kepada lain jantina akan timbul kerana ianya fitrah manusia. Mari kita hayati tulisan di bawah:

timbul kerana ianya fitrah manusia. Mari kita hayati tulisan di bawah:


"Dalam menjalani jalan dakwah ini pelbagai cabaran dan dugaan yang akan dihadapi oleh seseorang da'i ini. Sebagai seorang lelaki ataupun perempuan yang remaja, perkara yang paling banyak mengganggu adalah gejolak jiwa yang tidak tenteram. Gangguan yang dihembuskan oleh syaitan terhadap fitrah semulajadi dalam diri kita. Allah berfirman:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Q.S. Ali 'Imran, 3:14]

"Dalam ayat ini Allah mengisyaratkan bahawa wanita di tempat pertama dalam tahapan kecintaan syahwat manusia. Dapat juga difahami di sini bahawa manusia itu fitrah semulajadi nafsunya akan amat tertarik kepada lawan jenisnya. Opposite Attract. Lelaki akan amat tertarik kepada wanita, dan wanita akan amat tertarik kepada lelaki. Perkara inilah yang sangat mendominasi jiwa remaja kini. Tidak terlepas juga para da'i.




























Namun jangan kita jadikan ia alasan untuk kita terlibat dalam cinta terlarang(cinta sebelum nikah). Yakini lah janji tuhan wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...
[Q.S. An-Nuur, 24:26]
So kawan-kawan sekalian, jangan risau ye. Buat yang seronok bercinta, sedarlah sebenarnya jodoh itu di tangan Allah. Sama-sama kita berdoa moga mendapat pasangan yang baik.

 Robbana Hablana min ajwajina wadzuriiyatina kurrata 'ayyun waj'alna lilmutaqiina imama. 

"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
[Q.S. Al-Furqaan, 25:74]

      2) Tidur untuk berehat

Tidur menhentikan manusia daripada melakukan segala aktiviti, menjadikan kita dalam keadaan tidak hidupdan tidak mati, merehatkan jasad dan saraf serta menggantikan tenaga yang telah digunakan. Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari).




Tidur sekejap di siang hari dapat meningkatkan produktiviti. Hayati tulisan ini:

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. 

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
http://bismillah2me.blogspot.com/2008/11/rahsia-tidur-dalam-islam-dan-fakta.html

 
 

Namun ini bukanya alasan untuk kita tidur berlebihan. Banya tidur akan mematikan hati dan lebih melemahkan badan. Daripada mengalaman sendiri, di zaman sekolah sebagai seorang pelajar sekolah berasarama penuh adalah menjadi kebiasaaan akan qadho tidur  jika berpeluang pulang balik bercuti di kampung. Dan kesannya,walaupun sudah tidur banyak masih lagi tidak dapat bangun qiamulail. Fikir punya fikir sebabnya kenapa. Rupa-rupanya benarlah,jika banyak tidur akan mematikan hati, seterusnya akan memberi kesan pada ibadah kita.
Mari kita contohi rasulullah dan orang-orang yang bertaqwa lain di mana mereka sedikit sahaja tidur. Allah berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada didalam taman(syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu adalah orang-orang berbuat baik, mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam”
(Az-Zariyat,51:15-17)
           3)   Siang untuk mencari rezeki.
Di pagi hari,burung-burung keluar mencari rezeki. Dan lebah sendiri pun akan keluar dari sarangnya sebaik sahaja matahari mula mengeluarkan dirinya. Mari kita contohi mereka tapi jangan pula kita lepas sahaja subuh menarik kembali selimut untuk tidur.
Renungi tulisan di bawah:


Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)) di sisi org yg beraqal.'
http://adninaim.multiply.com/journal/item/127/Jangan_Tidur_selepas_Subuh...

 
 

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Q.S. Al-Qasas, 28 : 77]
Sama-sama kita manfaatkan masa siang kita, urusilah masa dengan baik. “Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata pujangga ini amat penting untuk dijadikan panduan.

renungan untuk diri ini dan lain-lain.

by sumayyah


Monday, February 21, 2011

BERPESAN DENGAN KEINSAFAN

Bismillahirahmanirahim...                                                                                    

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.. ...


Sudah Bersediak ah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkan lah dirimu sebelum kamu dimandika n!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatl ah kamu sebelum kamu disolatka n!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupka n!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih. ...
Walaupun orang yang hadir itu merintih. ...

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai... .
Lalu dilaksana kanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.. ..
Segala dosa meninggal kan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipula h dirimu jika beranggap an demikian. ...
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat. ...
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid... .
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisila h dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanla h dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarka n.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutka n!
Berimanla h kamu sebelum kamu ditalkink an!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.. ..
Bukan yang pergi!

Beristigh farlah kamu sebelum kamu diistighf arkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelama tkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada... ..
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbung i dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggil mu buat kali yang terakhirn ya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangka tmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanla h ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenanga n akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalana n. ..                                        
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!                              

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera... .
Isteri, kad kredit dan kereta... .
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'
Sekadar peringatan untuk semua. Bukan hanya solat ditekankan tapi segala suruhan ALLAH kepada hambanya yang diberi segala nikmat rezeki untuk mengingatiNYA dalam apa keadaan dan bukan ingat apabila ingin meminta sesuatu, pabila senang dilupakan. Subhanallah, semoga kita bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.(103:2-3)

Sumber:radio IKIM fm...
~bunga~

Saturday, February 19, 2011

Ikon

Hadith Riwayat Muslim [dalam Sahih Muslim] no. 482 berbunyi :
"Aku rindu untuk bertemu dengan 'ikhwan'ku [saudara-saudaraku]."
Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu :
"Bukankah kami saudaramu wahai Rasulullah?"
Nabi s.a.w bersabda :
"Kamu semua adalah sahabat-sahabatku, 'ikhwan'ku adalah mereka yang belum datang lagi [umat yang akan datang].
Lalu para sahabat bertanya :
"Bagaimana Rasulullah mengenali mereka di akhirat sedangkan Rasulullah tidak bertemu dengan mereka di dunia."
Maka Rasulullah menyatakan Baginda mengenali mereka dari kesan wudhu' mereka.



Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.? Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya. Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu? 'Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku' Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.

''Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'' Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..

~muslehah~

Friday, February 18, 2011

Mari Tadabur


Jom tadabur!!!
Allah berfirman yang berbunyi:
“Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? Tentang berita yang besar(hari kebangkitan), yang dalam hal itu mereka berselisih. Tidak kelak mereka akan mengetahui. Sekali lagi tidak! Kelak mereka akan mengetahui. Bukankah kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan gunung sebagai pasak?”
(An-Naba,78:1-7)
Permulaan surah menunjukkan kecaman terhadap pertanyaan yang dipersoalkan dan hairan kenapa perkara tersebut dipersoalkan. Persoalan tersebut tidak dijawab terus, tetapi dihanya menyebut sifat perkara tersebut. Kemudian surah ini menegaskan supaya tidak mempersoalkan lagi tentang pertanyaan itu dan pengulangan  lafaz ‘kalla’ diulang menunjukan keseriusan ancaman tersebut.
Seterusanya surah ini beralih kepada topik lain iaitu kekusaan ALLAH. Bumi dihamparkan untuk berjalan. Dan kehidupan yang dilalui manusia sebagai perjalan untuk menuju tuhannya. Gunung sebagai pasakan. Pasakan yang bagaimana?

Mari kita lihat fungsi kewujudan gunung dan bukit-bukau yang diciptakan Allah. fungsi kewujudan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai pasak dan penstabil bumi daripada gegaran. Firman Allah:
“Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju”. (al-Nahl,16:15).





Allah juga berfirman:

“Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh, agar ia tidak goncang bersama mereka, dan Kami jadikan pula di sana jalan-jalan yang luas ,agar mereka mendapat petunjuk. (al-Anbiya’,21:31).”

Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas ternyata bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi. Selain itu penemuan baru para saintis di bidang geologi dan kaji bumi juga mendapati bahawa bukit-bukau dan gunung-ganang sememangnya mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever,seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia. (http://abdullahbukhari.blogspot.com/2009/09/mukjizat-al-quran-fungsi-gunung-ganang.html)

Selain itu, dalam tulisan ilmiah mengambarkan struktur gunung adalah seperti berikut:
Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. [(General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305) - http://www.keajaibanalquran.com/earth_mountains.html]
Kesimpulannya, ayat-ayat ini mengambarkan betapa agungnya Allah. Maha Bijaksananya Allah mencipta bumi dan gunung-ganang. Semakin tinggi ilmu manusia, semakin besar hakikat yang akan dipahami disebalik fenomena kejadiaan alam.
Akan bersambung…….(3:190-191)
By Sumayyah

Rujukan tambahan: 
Asas-asas Islam,Jilid 1

Monday, February 14, 2011

SATU KELUARGA

Assalamualaikum wbt.




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” (Al-Hujuraat ayat 10)

Asbabun nuzul :
Dilapurkan oleh Anas satu ketika Rasulullah (SAW) dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay, baginda menaiki keldainya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah (SAW) menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah (SAW) sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lalu salah seorang sahabat dari golongan Ansar menjawab “Demi Allah, bau unta Rasulullah (SAW) adalah lebih harum dari bau mu”. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.” (riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

(Nota: Abdullah bin Ubay adalah ketua golongan munafik, dan bukanlah sesuatu yang aneh untuk golongan munafik dan musyrik menggunakan lafaz “demi Allah” di zaman Jahiliyah kerana mereka masih mengakui keesaan Allah sebagai Rabb yang berbeza cuma mereka syirik terhadap Allah dalam sembahan-sembahan mereka).



Pengajaran ayat:

Ayat ke-10 ini adalah lanjutan kepada ayat ke-9. Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.

Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.

Sabda Rasulullah (SAW) dalam beberapa buah hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:

Tolong menolong:“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).

Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kasih-sayang:Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Tidak tindas-menindas:Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang menipu kita adalah bukan di kalangan kita (muslim yang benar beriman)” (riwayat Muslim).

Tidak berlama-lama dalam perselisihan faham:Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan

Sesungguhnya syaitan memang telah berputus asa dari membujuk dan menggoda manusia agar menyembahnya di jazirah Arab. Maka mereka akan senantiasa menyemai benih permusuhan dan pertikaian di antara orang-orang yang beriman. Maka ishlah harus dilakukan dengan cara apapun –meskipun menurut Syekh Sholih bin Al-Utsaimin– harus mengorbankan segalanya, karena hasil aktivitas ishlah itu selalu baik, dan itu demi menjaga kesatuan umat. “Wash-Shulhu Khair”.

Syekh Musthafa Masyhur dalam bukunya “jalan dakwah” mengingatkan betapa penting dan perlunya bersaudara karena Allah dalam konteks dakwah dan keumatan. Inilah yang pertama sekali Rasulullah lakukan ketika mempersaudarakan antara orang-orang muhajirin dan Anshor. Merekalah contoh teladan yang indah dan agung tentang cinta dan ikrar yang mengutamakan persaudaraannya lebih dari segalanya.

Saatnya kita mulai melihat sejauh mana perana kita di dalam membangun dan memelihara kesatuan umat Islam. Jangan sampai kemudian kita justru menjadi pelopor atau provokator terjadinya perpecahan umat. Karena dakwah Islam adalah dakwah yang dibangun di atas prinsip persaudaraan sesuai. Dalam kamus generasi awal umat Islam, menjaga keutuhan dan kesatuan umat merupakan amal prioritas yang menduduki peringkat pertama dari amal-amal yang mereka lakukan. Dan sarananya adalah dengan memelihara, membina, dan memperkuat tali persaudaraan antar mereka yang sesungguhnya sejak awal telah diikat oleh Allah ketika seseorang menyatakan keIslamannya, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.”

"INDAHNYA PERSAUDARAAN ISLAM"

~Bunga~


Sunday, February 13, 2011

SAKSI???

In the of Allah the Most Gracious & the Most Merciful

Jom kita tadabur satu ayat qur’an:
“Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang-orang yang telah mati & Kamilah yang mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab yang jelas(Lauh Mahfuz).” (Yasin,36:12)
Setiap perbuatan yang dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak.Segalanya dicatat oleh malaikat di kiri & kanan kita. Betul tak? Setiap anggota badan akan menjadi saksi. Mata,kaki,tangan akan menjadi saksi di atas segala perbuatan kita.Biarlah mata kita nanti bersuara di hadapanNya,”Allah janganlah seksa orang ini kerana dia pernah menangis takutkanMU..”
BETUL semua itu.Bukan mata je.Kulit pun join sekali.Jom kita tadabur ayat lain pula.
“Dan mereka berkata kepada kulit mereka,‘Mengapa kamu menjadi saksiterhadap kami?’(Kulit) mereka menjawab, ‘Yang menjadikan kami dapat berbicara & Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali & hanya kepadaNya kamu dikembalikan.’Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran,penglihatan dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan.”(Fussilat,41:21-22)
                                                     
Di akhirat kelak,tiada penjelasan lain yang dapat kita buat untuk membela diri.Semua telah ditulis dan dicatatkan satu persatu perbuatan kita malah diri kita sendiri(anggota badan) menjadi saksinya.
Sama-sama kita renungi & hayati.
-Ya Allah,peliharalah diri kami daripada perbuatan maksiat & sia-sia.-
Amin
By Sumayyah. Maaf lambat…

Saturday, February 12, 2011

Subhanallah..

Di setiap saat yang berdetik semasa diri ini bermusafir merupakan satu nikmat yang tidak dapat dilupakan. Betapa indah dan cantiknya ciptaan Allah di dunia ini. Melihat awan yang bergerak di langit, bukit-bukau dan gunung-ganang yang berdiri megah di tepi jalan. Bumi yang terhampar cantik di depan mata.

Subhanallah, walaupun itu semua ciptaan Allah yang besar dan sangat sempurna, tetapi makhluk ciptaan Allah itu tidak ingar dengan perintah Allah malah taat dan patuh dengan setiap arahan Allah.

Subhanallah, itu adalah permusafiranku dari kota yang berhutankan bangunan konkrit ke kota yang berhutankan alam hijau di utara ini.



 









Bagaimana pula permusafiran kita di dunia Allah yang fana ini? Permusafiran dan perjalanan yang sangat jauh. Disediakan banyak nikmat yang kita sendiri tidak mampu untuk menciptanya.

“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, “Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu.” Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” (at-Taubah,9:41)


Perjalanan apa yang jauh itu? Perjalanan yang dipenuhi ranjau yang berduri, yang sangat tidak disukai oleh nafsu syahwat kita. Perjalanan yang akan menyebabkan syaitan bertungkus-lumus untuk mempengaruhi manusia yang melalui jalan ini. Ia adalah perjalanan menuju syurga Illahi.

Subhanallah, perjalanan ini hanya dilalui oleh orang-orang yang sabar dan tabah serta istiqamah dan istimrar dalam menuju redhaNya. Perjalanan ini dilalui oleh orang-orang yang asing. Perjalanan ini hanya dilalui oleh orang yang ikhlas dan berusaha mencari ikhlas dalam amal-amalnya.

Inilah perjalanan yang mengenalkan kita kepada tarbiyah yakni pendidikan terhadap Islam yang syumul. Inilah perjalanan yang mengenalkan kita kepada dakwah yang wajib diemban oleh setiap umat Islam. Inilah jalan untuk kita menyambung mata rantai-mata rantai yang dimulakan oleh Rasullah s.a.w..


Inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dengan penat lelah Baginda pergi ke setiap khemah di Makkah hanya untuk menyampaikan Islam. Inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dengan sakit perit baginda apabila Baginda tercedera dalam perang Uhud hanya untuk mempertahankan Islam. Inilah jalan yang dimulakan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berhijrah bersama-sama sahabat Baginda meninggalkan tanah air tercinta demi untuk mempertahankan aqidah. Inilah jalan yang Rasulullah s.a.w. tunjukkan sehingga umat Islam dapat kembali berjaya membuka Makkah dengan membawa Islam ke dalamnya. Jalan inilah akhirnya sampai kepada kita untuk kita meneruskan kembali mempertahankan aqidah kita.

Ukhtifillah, sama-sama kita terus-menerus dalam memurnikan niat apabila melalui jalan ini agar setiap amal yang kita lakukan diterima Allah dengan sebaik-baik penerimaan. Subhanallah, Allah telah memberikan nikmat yang terbesar kepada kita iaitu nikmat Islam dan Iman. Sama-sama kita menjaganya dengan sebaik mungkin agar ia tidak pergi meninggalkan kita begitu sahaja.

Subhanallah, Maha Suci Allah. Ya Allah, yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.


~muslehah~