lagi lagi ku jatuh cinta..
(baca: lagu Matta Band)
Ops! apa kes ni??
saje je buat gempak kat tajuk tu..
Ini kisah perjalananku...
Kisah bermula apabila..aku terpegun melihat sekelompok sahabat2 bertudung labuh..
Sememangnya aku sejak dari sekolah lagi nak sangat pakai tudung labuh macam mereka (
wajar sahaja untuk berperasaan camni sebab rumah aku dekat sangat dengan SMKA JB..Tiap-tiap kali balik sekolah, sure lalu sekolah tu..
Sejuk je tengok mereka2 yang bertudung labuh..
ok, masuk semula cerita asal..rupa-rupanya sahabat2 yang ku lihat tu adalah kakak2 daripada UPM dan UKM..
**********************************************************************************
Keesokan paginya..
Tetiba je rasa nak beli makanan kat cafe..
Kaki pun mula mengatur langkah...
Tapi malang sungguh, makanan takde lagi..
Dengan hampanya, aku pulang ke bilik
Di pertengahan jalan..
"Adik, nak join x kami riadah?"Sapa seorang akak yang juga bertudung labuh
tanpa berfikir panjang, aku menerima pelawaan nya ..riadah bersama pada pagi itu.. "Ok, boleh juga"
Usai sahaja aktiviti riadah, kami bersarapan bersama..
Kebetulan, bagaikan orang yang mengantuk disorong bantal...hehe..
Semasa makan bersama tu, "Adik, esok pagi kalau free ..jom la join treasure hunt"
Dalam hatiku, memang teringin sekali nak join tapi...
********************************************************************************
Pagi tu gerimis membasahi bumi..
Aku memandang keluar tingkap bilik, melihat-lihat jika ada kelibat kawan2 yang turun pagi tu
"Erm,jadi ke x ni? " monolog ku sendirian
Beberapa minit berlalu..
Seorang ukhti, datang ke bilik ku walaupun baru kukenalinya semalam.
"Assalamualaikum, awak jom la turun."
"Waalaikumussalam,jadi ke pagi ni? tadi saya ada turun juga, tapi macam xde orang je " balas ku.
"xpe. awak turun je dulu..kita panggilkan yang lain..Kat bawah pun dah ada orang" katanya membalas pertanyaan ku tadi.
"Ok la. Saya turun..Kita jumpa kat bawah" Jawabku setelah hampir putus asa dek kerana cuaca yang tak mengizinkan..
*******************************************************************************
"Aik, xkan sorang je kot? macam mana nak main treasure hunt kalo xde orang" monologku dalam hati.
"Assalamualaikum..awak, mana yang lain?"sambil bersalaman dengannya
"Waalaikumussalam..owh, kawan2 yang lain tengah bersiap, kejap lagi mereka turun la." jawabnya mesra, sambil menyambut tanganku.."Kita tunggu dulu la ye"
Tak beberapa lama kemudian, datang la sahabat2 lain.. yang juga diajak utk sama2 berukhwah di "treasure hunt"
*****************************************************************************
"Assalamualaikum, adik2 ...maaflah lambat pula kita start sebab gerimis td."
"Ok, sebelum kita start...akak nak bahagikan group. Stat kira 1,2,3.. dari kanan akak"
"Semua dah ada dalam groupkan...group mana yang xde al-quran lagi?"
Dalam hatiku berkata "peliknya, nak main treasure hunt pun nak kena bawa quran ke? xpelah..tangok kan je.."
ok la..nak short cutkan citer..
bila pulak la al-quran tu digunakan?
erm..korang rasa cmne???
Quran tu sebenarnya guna sebagai klu untuk ke check point seterusnya....
Menarik kan??
Kreatif sungguh mereka untuk mengembalikan hati2 yang tandus dengan ilmu Allah, kembali semula merujuk kepada kitab yang sepatutnya menjadi rujukan setiap kita yang mengaku MUSLIM..
Inilah secebis cerita ku ,bagaimana aku kembali membaca ayat2 suci Allah..
xretilah nak mengarang..dah lama x buat karangan
Contengan: Aina Qalbyna
SUBHANALLAH...Memang pelbagai cara Allah bagi pada setiap orang untuk disentuh/dilanggar tarbiyah, sesuai dengan keadaan seseorang itu...Salam ta'aruf^^
ReplyDelete