Masam Manis Ukhuwah
Ukhuwah tidak sentiasa indah. Betul kah? Kalau nak tahu benar atau pun tidak, maka perkara pertama yang kita kena lakukan ialah. Berukhuwah. Jangan main cakap, tapi buat tak pernah. Main assume suka-suka hati. Jangan.
Tapi.. Benarkah ukhuwah tidak sentiasa indah?
Berbalik kepada tajuk, Akhawat juga Manusia
Perlu kita sedar, dan perlu kita sentiasa ingat bahawa akhawat ini cuma seorang manusia. Tidak bermakna dia ikut tarbiyah, ikut halaqoh, jaga mutabaah, buat kerja dakwah dan lain-lain. Maka taraf dia sama dengan malaikat. Iman sentiasa konsisten. Tidak pernah melakukan kesilapan.
Salah!
Beza antara seorang akhawat itu dengan manusia umum mungkin mereka ini adalah orang-orang yang cuba nak menjadi lebih baik dari segala kesilapan mereka yang dulu. Mereka adalah manusia yang mahu mendekatkan diri mereka dengan Allah, kerana sebelum ini mereka sangat jauh dari Allah. Mereka yang cuba untuk berbuat usaha-usaha kebaikan setelah hayatnya sebelum ini pernuh dengan noda dan dosa.
Maka pastinya, apabila seorang akhawat itu ingin berbuat sesuatu, pasti akan ada kesalahan dan kesilapan. Yang mana, kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bahawa itu adalah kesilapan ataupun kesalahan. Kerana itu dia memerlukan suasana tarbiyah dan ukhuwah untuk membantu dia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana dia itu asalnya bodoh, penuh kekhilafan dan tak reti nak jadi baik.
Tapi masalahnya wujud apabila, ada akhawat yang bersikap,
“Ukhti, cuba tengok akhawat tu. Asyik mengarah-arah je kerja nya.”
“Itulah, ana pun rasa dia ni tak menjaga perasaan akhawat lain.”
“Dah la tu, cakap kadang-kadang main lepas je.”
“Entah. Nama je orang ikut tarbiyah.”
Mungkin ini dialog yang pernah kita ungkapkan.
Cuma cuba lihat balik dalam situasi tadi.
Kalau benar akhawat yang dikatakan tadi itu buat kesalahan-kesalahan yang disebut tadi, maka akhawat tersebut memang perlu dibetulkan.
Dan, kesilapan kedua yang mungkin kita kurang perasan adalah akhwat yang berkata berdua tadi tu. Adakah itu sikap yang betul? Nampak kesilapan dalam diri orang lain, kemudian bercerita pada orang lain tentangnya. Tanpa pernah meletakkan usaha untuk pergi bertanya meminta penjelasan atau menegurnya terlebih dahulu? Meminta penjelasan atau memberi penjelasan.
Lebih malang lagi, cerita tentang akhawat itu tersebar luas. Akhawat-akhawat yang mula terpengaruh mula membuat muka, tidak bertegur bersalam, tidak berbual. Dan, akhawat yang melakukan kesilapan itu tidak tahu apa yang berlaku. Dan akhirnya, dia merasakan akhawat tidak suka dirinya lagi. Tanpa dia tahu rupanya dia buat silap. Akhirnya, dia keluar dari halaqoh! Dan mengatakan,
“Akhawat ni tak pandai berukhuwah. Nama je akhawat!”
Ini yang kita mahukan?
Salahkah kalau kita yang nampak akhawat itu bermasalah, kita terus menegurnya?
Tak kisahlah apa kesalahahan yang dia buat.
Terlalu banyak buang masa, cakap tak serupa bikin, tahu mengarah sahaja, tak nak buat kerja, bertangguh, datang lambat itu, selekeh, kedekut, atau apa sahaja lah.
Kita tegur. Agar dia tahu bahawa dia salah.
Bukan buat muka, banned, tak bertegur dan lain-lain..
“Macam mana pula kalau dia kecil hati nanti?”
Masya-Allah. Antunna berinteraksi dengan akhawat!
“Seorang akhawat itu tidak akan menegur akhawatnya yang lain melainkan mengaharapkan akhawatnya itu jadi yang lebih baik dan terbaik.”
Jadi, kalau kita sama-sama faham benda ni, takkan berlaku,
“Ah, kau pahal nak tegur aku?!”
Ok, mari kita lihat sirah..
+++
Diceritakan dalam riwayat yang berbeda oleh Ibn Al-Mubarok dalam dua kitabnya Al-Birr dan As-Shalah bahwa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar kemudian berkata kepada Bilal,
“Hei anak budak hitam”.
Rasulullah yang mendegar ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar,
"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"
Peringatan Rasulullah ini meninggalkan pengaruh yang teramat dalam pada diri Abu Dzar. Beliau kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahwa beliau tidak akan mengangkatnya sebelum Bilal menginjakkan kakinya di atas kepalanya.
Tentunya Bilal tidak melakukan apa yang dimahukan oleh Abu Dzar, sebaliknya dia berkata kepada Abu Dzar,
"Aku memaafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah. Dan Biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."
+++
Cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW bertindak mendiamkan diri. Dan berbisik kat dalam hati.
'Abu Dzar ni teruk!'
Pastu cerita kat Bilal bila Abu Dzar beredar. Pastu Bilal pun sebarkan ada orang lain dan sebagainya. Masya-Allah, apa lah jadi agaknya ya?
Tapi, tidak ukht, Rasulullah malahan menegur Abu Dzar, dan Abu Dzar yang faham bahawa dia berbuat salah terus meminta maaf. Dan cara dia mantaplah, terus letak kepala kat tanah suruh dipijak. Tapi atas dasar ukhuwah, Bilal tidak pula mengambil peluang untuk main lompat-lompat atas kepala Abu Dzar. Ataupun Rasulullah SAW dan Bilal buat muka dengan Abu Dzar. Tak bertegur. Tak nak layan dan lain-lain. Tidak!
Jadi siapa kita nak tunjuk kita ni hebat dengan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW, dan meninggalkan contoh yang ditunjukkan?
Kisah lain..
+++
Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah SAW melakukan solat zuhur 5 rakaat. Kemudian beliau SAW ditanya,
“Apakah ada penambahan di dalam solat?”
Beliau SAW bersabda,
“Ada apa?”
Mereka mengatakan,
“Engkau telah melakukan solat (zuhur) 5 rakaat.”
Kemudian beliau SAW melakukan sujud sahwi dua kali setelah dia salam.
[HR Abu Daud dan Tirmidzi]
+++
Ada tak tiba-tiba Rasulullah SAW melenting kerana dia ditegur? Seorang Rasul tu!
Dan ada tak para sahabat membiarkan dan buat tak tahu. Kemudian katakan dia ni tak betul, pastu buat konspirasi menjatuhkan dia?
Tegurlah Mereka
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”
[QS Az-Zariyat, 51:55]
Beri peringatan. Tegur akhawat tu jika nampak dia silap. Kalau dia menolak ke, melenting ke, mengamuk ke, itu hal ke-14532. Hal yang pertama kena buat itu adalah TEGUR.
Bukan biarkan sahaja.
Kalau kita biarkan sahaja. Simpan dalam hati. Maka yang akan tahu itu adalah kesilapan cuma kita dan hati kita je. Lepas tu mulalah terseksa jiwa dan raga sebab hipokrit konon nak jaga perasaan.
Lepas tu, akhawat yang buat silap itu terus bergelumang dalam kesilapannya. Lebih malang. Terus bergelumang dengan dosa yang dia tidak perasan akan dia sedang melakukannya. Kerana apa?
Kerana sikap kita yang tidak menegur dia.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
[QS al-‘Asr, 103:1-3]
Ingat juga sirah yang termaktub dalam surah ‘Abasa, ketika mana Allah menegur Rasulullah SAW ketika dia memalingkan muka terhadap Abdullah Ummi Maktum yang buta yang datang mahukan Islam ketika Rasulullah SAW sedang berusaha menawarkan Islam kepada pembesar-pembesar pada ketika itu.
Ingatlah..
Akhawat juga manusia.. Mereka memerlukan teguran dari kamu.
p/s: pastikan cara menegur anda itu berhikmah (tegas dan benar) [QS 16:125]
Sumber asli: (klik sini)
masya Allah..the best information,,
ReplyDelete