"Masya Allah ya syabab, kamu nampak sangat bersemangat." Abu Syahid menepuk belakang tubuhku. Aku menggeleng.
"Abu Syahid, apa bezanya denganmu? Walaupun berumur tapi tangkas. Berapa kereta kebal telah kamu letupkan semalam?"
"Tiadalah kamu yang meletupkan itu apabila kamu meletupkan itu, melainkan Allah jugalah yang meletupkannya."
Saya ketawa. Abu Syahid, amat merendah diri . Tawaddu', itu antara ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam semua pemimpin kami. Walaupun dia seorang general yang hebat, tetap mempunyai ciri seperti ini. Sebenarnya, kata-kata Abu Syahid tadi adalah maksud firman Allah SWT yang sering dibacakannya sebelum menembak
"Dan tidaklah kamu yang melontar ketika kamu melontar melainkan Allah jugalah yang melontar." Segalanya diserahkan pada Allah SWT.
"Alhamdulillah, Allah beri kemenangan kepada kita."
"Alhamdulillah." Aku dan rakan-rakan yang lain menjawab.
"Tapi Abu Syahid, kemenangan ini belum muktamad. Bila agaknya bumi ini akan dibebaskan oleh Allah SWT?" Ahmad Khaffajah bersuara.
"Esok akan ada peperangan lagi, lusa akan ada peperangan lagi, dan begitulah seterusnya ya Abu Syahid. Bila semua ini akan berakhir? " Ayyub, seorang lagi sahabatku bersuara.
Abu Syahid mengukir senyuman. "Bila Ummat terislah."
"Saya sebenarnya tidak faham . Apa maksud Abu Syahid apabila ummat terislah?
Kita memperkuatkan diri kita semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Kita sukar apabila Israel membedil tanah kita, bukankah kita sudah ada kekuatan untuk menumbangkan mereka?" Muhannad, rakan rapatku dalam kumpulan ini seakan tidak berpuas hati.
Aku juga ingin mengetahui jawapan Abu Syahid. Sebenarnya, bukan Abu Syahid sahaja. Semua kepimpinan kami, kalau ditanya bila peperangan ini akan berakhir, maka mereka akan menjawab: Bila ummat terislah.
Kami tidak faham. Sedangkan, kami amat arif betapa tentera kami sudah cukup bersedia untuk menumbangkan Tel Aviv. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini,walaupun kami tahu teknologi mereka sudah meningkat , tetapi mereka tetap tidak mampu menembusi sempadan kawasan kami. Walaupun bilangan tentera kami lebih sedikit, dan senjata kami tidaklah setaraf dengan senjata mereka, tetapi kami mempunyai kekuatan yang mereka tiada. Malah, strategi kami amat ampuh. pembuat-pembuat senjata dan letupan kami juga semakin hebat.
Kenapa perlu menanti ummah ini terislah?? Berapa lama itu??
Abu Syahid memandang kami semua.
"Adakah kamu sudah bosan dengan harian kamu?"
"Tidak, ya Abu Syahid, cuma hati kami tercalar-calar melihat tanah ini dinodai. Kami ingin menghentikannya segera". Muntasir Billah, seorang lagi ahli kami menjawab.
*p/s: kepada pembaca2 setia notaperjalanankami~ pada pandangan anda mengapakah kita perlu menunnggu hingga UMMAH TERISLAH??? Sila berikan komentar anda sebelum saya mengakhiri cerpen ini ..
~Moga Allah Redho~
7.00pm
2 November 2011
Selatan Semenanjung Malaysia.
Moga kita mampu menyumbang kepada pengislahan ummah!
No comments:
Post a Comment