SALAM

Friday, October 28, 2011

Semoga Ummah TerISLAH!!! (Part 2)

"Usamah nak ikut abang". Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.

"Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang."

Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah selepas itu tidak menghentikan langkahku. Yang menemaniku hanyalah Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimananku yang tidak tergugah kepada Allah SWT.

"Ibu redha padamu sayang, ibu redha". Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.

Bom!

Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.

"Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!" Abu Syahid sebagai ketua pertahanan mengeluarkan arahan.

Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditatapkan. kami menggunakan teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu'tah untuk mengaburi musuh dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai. Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.



Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu, dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam. Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana peluru boleh menembusi tubuh mereka.

Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.

"Wama ramaita iz ramaita walakinnalaha rama!" Abu Syahid menjerit sebelum melepasakan tembakan bazooka. Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Israel.


"Ubah posisi!" Abu Syahid mengeluarkan arahan.

Tembakan abu Syahid tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami bersembunyi diketahui. tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. kami bergerak ke posisi seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan. Baru sahaja kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu lagi kereta kebal mereka menyerang.

Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang  sedang melaksanakan tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar- kacir barisan tentera Israel. Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja beraksi. Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.

"Tenang. tenang Ya syabab." Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.

Aku mengiyak sengih. Aku tenang. Aku kembali tenang. peluru baru kumasukkan, mengantikan kelongsong-kelongsong kosong. Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar-kacir. Siapa yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.

Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan peluru sudah menjadi musik harian aku.

Semenjak ibu melepasakan aku sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur dimana sahaja, aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah SWT. Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia dari hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini melainkan apa yang Allah redhai.

Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda:

"Akan sentiasa ada segolongan umatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian."

Sahabat-sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?"

Rasulullah menjawab:

"Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis."
 
"Takbir! Takbir! Takbir!". Kami menyahut dengan Allahu Akhbar, sambil terus-terusan membidik musuh. Inilah rutin kami. Kami, yang berada di sekitar Baitul Maqdis.



No comments:

Post a Comment