SALAM

Friday, October 28, 2011

Semoga Ummah TerISLAH!!! (Part 2)

"Usamah nak ikut abang". Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.

"Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang."

Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah selepas itu tidak menghentikan langkahku. Yang menemaniku hanyalah Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimananku yang tidak tergugah kepada Allah SWT.

"Ibu redha padamu sayang, ibu redha". Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.

Bom!

Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.

"Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!" Abu Syahid sebagai ketua pertahanan mengeluarkan arahan.

Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditatapkan. kami menggunakan teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu'tah untuk mengaburi musuh dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai. Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.



Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu, dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam. Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana peluru boleh menembusi tubuh mereka.

Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.

"Wama ramaita iz ramaita walakinnalaha rama!" Abu Syahid menjerit sebelum melepasakan tembakan bazooka. Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Israel.


"Ubah posisi!" Abu Syahid mengeluarkan arahan.

Tembakan abu Syahid tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami bersembunyi diketahui. tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. kami bergerak ke posisi seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan. Baru sahaja kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu lagi kereta kebal mereka menyerang.

Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang  sedang melaksanakan tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar- kacir barisan tentera Israel. Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja beraksi. Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.

"Tenang. tenang Ya syabab." Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.

Aku mengiyak sengih. Aku tenang. Aku kembali tenang. peluru baru kumasukkan, mengantikan kelongsong-kelongsong kosong. Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar-kacir. Siapa yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.

Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan peluru sudah menjadi musik harian aku.

Semenjak ibu melepasakan aku sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur dimana sahaja, aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah SWT. Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia dari hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini melainkan apa yang Allah redhai.

Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda:

"Akan sentiasa ada segolongan umatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian."

Sahabat-sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?"

Rasulullah menjawab:

"Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis."
 
"Takbir! Takbir! Takbir!". Kami menyahut dengan Allahu Akhbar, sambil terus-terusan membidik musuh. Inilah rutin kami. Kami, yang berada di sekitar Baitul Maqdis.



Tuesday, October 25, 2011

Semoga Ummah TerISLAH!!! (Part 1)

Rasulullah SAW bersabda:

"Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan".




Sahabat-sahabat bertanya:

"Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab:"Tidak, bahkan kamu ramai.Tetapi hanya seperti buih di lautan"



Seperti buih di lautan...
Seperti buih di lautan................
Seperti buih dilautan......................

          Sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan keadaan ummatnya pada akhir zaman, terngiang-ngiang di dalam kepalaku. Ak-47 kurapatkan ke dada. Teman setiaku beberapa tahun ke belakangan ini. Ku layan seperti salah sebuah bahagian tubuhku. Sekarang aku sedang bertahan bersama sekumpulan kumpulan pejuang yang lain. Israel memecah masuk kawasan kami secara mengejut semalam dan melakukan kemusnahan yang besar. Mujur plan kecemasan dapat berjalan dengan baik, maka bilangan yang terkorban amat sedikit. Kini, bandar ini telah kosong dan yang tinggal hanya pejuang-pejuang sahaja.

          Dalam kesejukan malam yang mencecah 0 darjah celcius ini, fikiran aku menerawang kepada nasib kami, penduduk tanah berdarah Palestina. Sampai bila agaknya kami akan begini? Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh, kelihatan Abu Syahid sedang tersenyum ke arahku. Terang cahaya rembulan membuatkan wajahnya yang bersih tampak bersinar. "Pejuang tidak boleh leka wahai Asad".



          Aku mengemaskan pegangan senjataku. Kami ditugaskan mengawal di bahagian hadapan. Menanti musuh yang melalui di kawasan ini untuk melancarkan serangan hendap."Apa yang kamu fikirkan hingga ku lihat seakan-akan rohmu sudah terawang-awangan?" Abu Syahid menyoal. Walaupun umurnya lebih tua, dan pengalamannya lebih luas, dia memang terkenal dengan sikap ramah dengan mereka yang lebih muda daripadanya.


"Hanya terfikir akan nasib kita". Aku menjawab pendek. Segan sebenarnya.

Abu Syahid mengangguk. "Apa maksud nasib kita?".

"Ya la, nasib bumi kita ini, nasib diri kita ini". Jawabku pendek.

"Kau rasa menyesal dengan ansib yang Allah berikan ini?"soalnya lagi

Aku menggeleng.

"Sesekali tidak. Walaupun orang melihat ini satu bencana, aku melihat ini satu kemuliaan. Peluang berjihad di jalan Allah, peluang mengorbankan nyawa, dan peluang untuk mencapai syahid. Kemuliaan apakah yang lebih besar daripada kemuliaan ini?" ulas Abu Syahid lagi.

"Saya cuma terfikir akan amsa hadapan kita."

"Kau rasa kita tida masa hadapan?"

Sekali lagi aku menggeleng.

"Bukankah Allah telah berjanji tidak akan mensia-siakan kita?" Abu Syahid menguntum senyum. "Habis, apa yang kau gusarkan?"

"Bila semua ini akan berakhir?" Aku menghela nafas.

"Bila umat terislah". Jawabnya pendek.

Abu Syahid, membuatkan aku diam dan berfikir.... bila umat terislah. Membuatkan aku teringat akan hadis riwayat Abu Daud tadi.

"Kalau begitu, tidak akan berakhir la perjuangan kita ini?" Aku merenung ke dalam mata Abu Syahid..

Abu Syahid ketawa kecil. "Akan berakhir, apabila umat ini terislah".

Jawapannya membuatkan aku terdiam. Abu Syahid tidak pula menyambung kalamnya. Perhatian kami terus tertumpu pada suasana sekeliling. Rembulan terang hari ini, menemani penjagaan kami


Back to Gaza. Sharing from the article that I had read during my semester holiday. Hopefully this article may bring our heart to been close to our brothers and sister in Palestine



27 Zulqaedah 1432
25 October 2011
10.02pm
AP4,Universiti Utara Malaysia

Saturday, October 22, 2011

Kita Membayar Untuk Dijajah...




Scene 3

"Nasib Baik aku turun awal, sempatlah aku beli tiket konsert Justin Bieber, kalau tak menangislah aku jawabnya". Mira menceritakan susah payahnya untuk membeli tiket konsert artis remaja paling popular yang bakal berlangsung..

Biasa bukan kita dengar dialog-dialog diatas? Bahkan, mungkin kita adalah salah seorang yang pernah menuturkannya. Babak diatas adalah realiti yang mungkin kukuh bertapak di hati golongan muda mudi (baca: generasi terjajah) zaman ini. Bahkan orang yang tidak melakukan mungkin akan dianggap sebagai seorang yang ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan semasa....

Salah satu rubrik menarik dalam Majalah Sinergi edisi ke 6- "Kita  Membayar Untuk Dijajah" ...

Untuk mengetahui kandungan lanjut apakah yang dimaksudkan dengan topik "Kita Membayar Untuk Dijajah"...

Sila dapatkan majalah Sinergi Edisi Ke 6 daripada pengedar2 yang berhampiran DPP anda...Khas untuk pelajar-pelajar UUM...
So, apa tunggu lagi...



Senarai pengedar yang boleh dihubungi:


YAB- Azimah (019-4493416)
Muamalat- Firdaus (013-4486571)
TM- Safuan (019-4029906)
Tradewinds/ Petronas- Huda (019-5653691)
Kachi- Aini (019-4602074), Nazirah (013-4520973)