Salam sayang buat pembaca sekalian..
Syukur pada Allah Rabbul Izzati, masih memberi saya berbagai nikmat yg x terhingga ..terutamanya nikmat Islam, iman dan tarbiyah..
Alhamdulillah, Allah menggerakkan kaki ini utk melangkah ke satu program anjuran Biro Beliawanis PEMBINA Kedah, kem jati diri yang bertemakan "Kerana Dirimu Begitu Berharga"..
InsyaAllah, di kesempatan ini suka saya kongsikan bait2 lagu yang dipersembahkan sahabat2 ku semasa "Islamic Culture Night"..lagu ini digubal berdasarkan lagu Puteriku Sayang !
Jom Karoake!!!
Aduhai ukhtiku sayang(2x)
ukhtiku sayang...
Cantikmu bukan hiasan, bukan jua kebanggaan
Kau bagai mutiara, di dasar lautan dalam
Kekuatanmu bisa, meleburkan ego lelaki
Menjadi IZZAH yang paling hebat di dunia ini
Wanita yang beriman dirimu sungguh berharga
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Kerana Kau sayap kiri, pada suami yang sejati
Kaulah wanita pilihan syurgawi
Jagalah dirimu, wahai ukhti2ku sayang
Jangan jatuhkan maruahmu kerana seorang lelaki
Martabatmu terlalu tinggi, kerana kau amat mulia
Itulah dari kami, untuk UKHTIKU sayang...
Tahniah kepada kumpulan Zinnirah dengan persembahan nasyid yang bermakna!!!(walaupun bukan kumpulan saya) ..
InsyaAllah, sama2 lah kita jadikan nasyid ini booster utk kita sama2 lebih menghargai izzah(kemuliaan) diri sebagai seorang muslimah..
post by: Aina Qalbyna
InsyaAllah, sama2 lah kita jadikan nasyid ini booster utk kita sama2 lebih menghargai izzah(kemuliaan) diri sebagai seorang muslimah..
post by: Aina Qalbyna
No comments:
Post a Comment