SALAM

Friday, October 28, 2011

Semoga Ummah TerISLAH!!! (Part 2)

"Usamah nak ikut abang". Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.

"Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang."

Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah selepas itu tidak menghentikan langkahku. Yang menemaniku hanyalah Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimananku yang tidak tergugah kepada Allah SWT.

"Ibu redha padamu sayang, ibu redha". Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.

Bom!

Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.

"Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!" Abu Syahid sebagai ketua pertahanan mengeluarkan arahan.

Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditatapkan. kami menggunakan teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu'tah untuk mengaburi musuh dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai. Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.



Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu, dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam. Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana peluru boleh menembusi tubuh mereka.

Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.

"Wama ramaita iz ramaita walakinnalaha rama!" Abu Syahid menjerit sebelum melepasakan tembakan bazooka. Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Israel.


"Ubah posisi!" Abu Syahid mengeluarkan arahan.

Tembakan abu Syahid tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami bersembunyi diketahui. tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. kami bergerak ke posisi seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan. Baru sahaja kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu lagi kereta kebal mereka menyerang.

Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang  sedang melaksanakan tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar- kacir barisan tentera Israel. Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja beraksi. Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.

"Tenang. tenang Ya syabab." Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.

Aku mengiyak sengih. Aku tenang. Aku kembali tenang. peluru baru kumasukkan, mengantikan kelongsong-kelongsong kosong. Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar-kacir. Siapa yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.

Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan peluru sudah menjadi musik harian aku.

Semenjak ibu melepasakan aku sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur dimana sahaja, aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah SWT. Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia dari hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini melainkan apa yang Allah redhai.

Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda:

"Akan sentiasa ada segolongan umatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian."

Sahabat-sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?"

Rasulullah menjawab:

"Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis."
 
"Takbir! Takbir! Takbir!". Kami menyahut dengan Allahu Akhbar, sambil terus-terusan membidik musuh. Inilah rutin kami. Kami, yang berada di sekitar Baitul Maqdis.



Tuesday, October 25, 2011

Semoga Ummah TerISLAH!!! (Part 1)

Rasulullah SAW bersabda:

"Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan".




Sahabat-sahabat bertanya:

"Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab:"Tidak, bahkan kamu ramai.Tetapi hanya seperti buih di lautan"



Seperti buih di lautan...
Seperti buih di lautan................
Seperti buih dilautan......................

          Sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan keadaan ummatnya pada akhir zaman, terngiang-ngiang di dalam kepalaku. Ak-47 kurapatkan ke dada. Teman setiaku beberapa tahun ke belakangan ini. Ku layan seperti salah sebuah bahagian tubuhku. Sekarang aku sedang bertahan bersama sekumpulan kumpulan pejuang yang lain. Israel memecah masuk kawasan kami secara mengejut semalam dan melakukan kemusnahan yang besar. Mujur plan kecemasan dapat berjalan dengan baik, maka bilangan yang terkorban amat sedikit. Kini, bandar ini telah kosong dan yang tinggal hanya pejuang-pejuang sahaja.

          Dalam kesejukan malam yang mencecah 0 darjah celcius ini, fikiran aku menerawang kepada nasib kami, penduduk tanah berdarah Palestina. Sampai bila agaknya kami akan begini? Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh, kelihatan Abu Syahid sedang tersenyum ke arahku. Terang cahaya rembulan membuatkan wajahnya yang bersih tampak bersinar. "Pejuang tidak boleh leka wahai Asad".



          Aku mengemaskan pegangan senjataku. Kami ditugaskan mengawal di bahagian hadapan. Menanti musuh yang melalui di kawasan ini untuk melancarkan serangan hendap."Apa yang kamu fikirkan hingga ku lihat seakan-akan rohmu sudah terawang-awangan?" Abu Syahid menyoal. Walaupun umurnya lebih tua, dan pengalamannya lebih luas, dia memang terkenal dengan sikap ramah dengan mereka yang lebih muda daripadanya.


"Hanya terfikir akan nasib kita". Aku menjawab pendek. Segan sebenarnya.

Abu Syahid mengangguk. "Apa maksud nasib kita?".

"Ya la, nasib bumi kita ini, nasib diri kita ini". Jawabku pendek.

"Kau rasa menyesal dengan ansib yang Allah berikan ini?"soalnya lagi

Aku menggeleng.

"Sesekali tidak. Walaupun orang melihat ini satu bencana, aku melihat ini satu kemuliaan. Peluang berjihad di jalan Allah, peluang mengorbankan nyawa, dan peluang untuk mencapai syahid. Kemuliaan apakah yang lebih besar daripada kemuliaan ini?" ulas Abu Syahid lagi.

"Saya cuma terfikir akan amsa hadapan kita."

"Kau rasa kita tida masa hadapan?"

Sekali lagi aku menggeleng.

"Bukankah Allah telah berjanji tidak akan mensia-siakan kita?" Abu Syahid menguntum senyum. "Habis, apa yang kau gusarkan?"

"Bila semua ini akan berakhir?" Aku menghela nafas.

"Bila umat terislah". Jawabnya pendek.

Abu Syahid, membuatkan aku diam dan berfikir.... bila umat terislah. Membuatkan aku teringat akan hadis riwayat Abu Daud tadi.

"Kalau begitu, tidak akan berakhir la perjuangan kita ini?" Aku merenung ke dalam mata Abu Syahid..

Abu Syahid ketawa kecil. "Akan berakhir, apabila umat ini terislah".

Jawapannya membuatkan aku terdiam. Abu Syahid tidak pula menyambung kalamnya. Perhatian kami terus tertumpu pada suasana sekeliling. Rembulan terang hari ini, menemani penjagaan kami


Back to Gaza. Sharing from the article that I had read during my semester holiday. Hopefully this article may bring our heart to been close to our brothers and sister in Palestine



27 Zulqaedah 1432
25 October 2011
10.02pm
AP4,Universiti Utara Malaysia

Saturday, October 22, 2011

Kita Membayar Untuk Dijajah...




Scene 3

"Nasib Baik aku turun awal, sempatlah aku beli tiket konsert Justin Bieber, kalau tak menangislah aku jawabnya". Mira menceritakan susah payahnya untuk membeli tiket konsert artis remaja paling popular yang bakal berlangsung..

Biasa bukan kita dengar dialog-dialog diatas? Bahkan, mungkin kita adalah salah seorang yang pernah menuturkannya. Babak diatas adalah realiti yang mungkin kukuh bertapak di hati golongan muda mudi (baca: generasi terjajah) zaman ini. Bahkan orang yang tidak melakukan mungkin akan dianggap sebagai seorang yang ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan semasa....

Salah satu rubrik menarik dalam Majalah Sinergi edisi ke 6- "Kita  Membayar Untuk Dijajah" ...

Untuk mengetahui kandungan lanjut apakah yang dimaksudkan dengan topik "Kita Membayar Untuk Dijajah"...

Sila dapatkan majalah Sinergi Edisi Ke 6 daripada pengedar2 yang berhampiran DPP anda...Khas untuk pelajar-pelajar UUM...
So, apa tunggu lagi...



Senarai pengedar yang boleh dihubungi:


YAB- Azimah (019-4493416)
Muamalat- Firdaus (013-4486571)
TM- Safuan (019-4029906)
Tradewinds/ Petronas- Huda (019-5653691)
Kachi- Aini (019-4602074), Nazirah (013-4520973)


 

Friday, September 16, 2011

Hasbiyallah wa ni'mal wakil ( 1 )

       Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Rabb yang memberikan segala nikmat kepada kita walaupun kita, manusia yang lalai sentiasa alpa dan leka dan sentiasa ingkar akan perintahNya. Namun Dia terus-terusan memberikan segala nikmatNya. Nikmat kelapangan untuk membaca pos kali ini; nikmat iman dan Islam pastinya serta nikmat tarbiyah yang tidak semua orang dapat. Alhamdulillah. Seterusnya selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad b Abdullah, Rasulullah yang memberikan segala kudratnya demi tertegaknya Islam, para ahlul bait, sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, ikhwah akhawat serta semua pejuang Islam yang masih telah masih dan akan berjuang dijalan ini, kita doakan semoga semuanya akan terus tsabat tegar dan istiqomah serta istimrar untuk meneruskan perjuangan ini hingga mendapat jannahNya.


Al-  Wakil

Mari kita menjelajah dan mengenal salah satu asma Allah iaitu Al-Wakil.

Al-wakil adalah Dzat yang dengan rahmatNya mengurusi segala persoalan makhluk sesuai dengan kemaslahatan mereka tanpa menimbulkan kemudaratan. Mungkin penjelasan ini lebih kepada teori, namun itulah yang benar-benar terjadi dalam realiti kehidupan seorang hamba.


Dengan rahmatNya, Allah mengurusi segala persoalan makhluk dan tidak menyia-nyiakan mereka. Jadi, Allah tidak akan pernah memnberi kemudaratan. Sebab, semua af'al (perbuatan) Allah adalah baik, meski secara lahir terlihat sebagai musibah.


Apakah anda pernah melihat seseorang yang mewakilkan suatu urusan kepada orang lain, kemudian wakil itu bersikap khianat?


Bagaimana mungkin orang seperti itu sebagai wakil? Allah yang salah satu namaNya adalah al-wakil tidak pernah menyia-nyiakan hambaNya. Keyakinan seperti itulah maka setiap malam Rasulullah S.A.W berdoa,


"Aku penuhi panggilanMu, wahai Tuhanku; kebaikan semuanya adalah milikMu; dan kejelekan semuanya tidaklah dariMu. Jadi, hanya kebaikanlah yang datang dari Allah"


Al-WAkil Berbuat Sesuai KehendakNya

     Terkadang dunia ini terasa gelap. Semua pintu tertutup, seakan Allah hanya ingin membuka pintuNya saja untuk anda dan menutup pintu-pintu yang lain. Doa Nabi kepada suku Quraisy boleh dicontohi.

Peristiwa kematian 2 orang kesayangan Rasulullah amat menguji hati kekasih ummat ini. tetapi Al-Wakil berkehendak kedua pelindung itu meninggal sebelum dakwah tersebar luas dan Islam sempurna. keduanya wafat ketika Rasulullah s.a.w amat memerlukan mereka. Allah sekan ingin berkata kepada RasulNya,


"Tak ada yang benar-benar dapat engkau jadikan wakil selain Diriku"


Apa yang dilakukan oleh nabi sepeninggalan dua pelindung tersebut?


Rasulullah justeru semakin mencurahkan seluruh tenaganya, bahkan beliau rela berjalan 100km untuk berdakwah kepada penduduk Thaif. Rasul seakan berkata kepada al-wakil,

"Aku pasrah kepadaMu atas apa yang akan terjadi padaku. aku redho atas apa yang Engkau lakukan."

 Sumber: Dari Hati ke Hati, Amru Khalid

Saturday, July 23, 2011

Pedoman dari Sirah: Protes Burung Hud-hud

Salam alaik ukhtifillah,

Apa khabar iman semua? InsyaAllah, ana yakin semuanya sihat di sisi Allah, malah tinggi jua di mata Allah.

Selawat ke atas Rasulullah yang tidak jemu2 menyampaikan pesanan demi berkembangnyanya Islam. Terima kasih ya Rasulullah. Tanpamu, tiada dapat kami menikmati nikmat besar menjadi seorang muslim hari ini.


Sujud merupakan lambang ketundukkan, kepasrahan , kekhusyukan, dan sikap merendahkan diri. Kerananya, burung hud-hud berang dan protes keras di salah satu operasi kawalannya apabila melihat salah satu kaum sujud kepada selain Allah, serta berkata dengan marah kerana Allah seperti yang dinukilkan dalam surah  An-Naml: 25

"Mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kalian sembunyikan atau yang kalian nyatakan"


Dalam mengarungi perjalanannya yang panjang, burung hud-hud tidak mungkin mendengarkan ucapan kaum tersebut terhadap apa yang mereka sembah. Iaitu kalimat-kalimat syirik yang mendekatkan mereka kepada matahari. Tapi, penglihatan burung hud-hud tertumpu kepada perlakuan mereka sujud kepada selain Allah. Sebab burung hud-hud tahu bahawa sujud itu hanya layak dilakukan kepada pemilik langit dan bumi sahaja.

Aku berbicara pada diriku, sudah sempurnakah sujud ku pada Sang Pemilik Langit dan Bumi? Sudah layakkah diri ini mengaku hamba yang taat? 

Sedangkan burung pun tahu erti sujud yang sebenar..
Itulah fitrah manusia yang sering alpa dan leka dengan nikmat sementara anugerahNya.
Jangan sampai kita terpedaya buat sekalian kalinya, setelah hampir semua kitab2 dibaca. Setelah banyak surah diingati dan disampaikan kepada kita.

Masih menunggu? Sampai bilakah?

"Apakah belum tiba waktunya bagi orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan mengingat kebenaran apa yang diturunkan-Nya (al-Qur'an) dan janganlah mereka seperti ahli kitab sebelum mereka, telah lama mereka berpisah dari ajaran Nabinya, sehingga hati mereka menjadi kasar (tidak tembus cahaya kebenaran), dan kebanyakan mereka menjadi orang fasik."
(Al-hadid:15)


Rujukan: Taujih Ruhiyah Pesan2 Spiritual Penjernih Hati (Jilid 2)
             Al- Quran Terjemahan (27:25)(57:15)



Contengan: Aina Qalbyna?

Friday, July 22, 2011

Kita bagaikan MAGNET

Salam alaik ukhtifillah,

Apa khabar iman semua? InsyaAllah, ana yakin semuanya sihat di sisi Allah, malah tinggi jua di mata Allah.

Selawat ke atas Rasulullah yang tidak jemu2 menyampaikan pesanan demi berkembangnyanya Islam. Terima kasih ya Rasulullah. Tanpamu, tiada dapat kami menikmati nikmat besar menjadi seorang muslim hari ini.

Ya ukhti,
Ana merasakan sangat dekat dengan antunna
walaupun hakikatnya
jasad kita kini berpisah
Moga antunna juga merasakan nikmat yang ana sedang rasakan ini..

Tak dapat ana hitung manisnya menghirup udara segar bersama
(udara segar di perbukitan Utara tanah air)
manisnya berkongsi derita dan gembira
indahya, berkorban atas nama ukhwahfillah

demi melihat Islam dapat kita aplikasikan
demi melihat mereka2 juga dapat meneguk nikmat yang kita rasakan

benar..
kita seperti magnet
Ada cas positif dan negatif
cas yang kita kongsi bersama
agar ia jadi neutral

tak mungkin
untuk kita biarkan seorang dari kita memiliki lebih cas
akan kita usaha untuk semua neutral

Tatkala kita memiliki lebihan cas positif
bersamalah kita kongsikan
agar cas negatif tidak larut menguasai yang lain

jangan biarkan kertas litmus iman kita
terlebih pH asidic or pH alkali
krn iman yang stabil adalah apabila
kita mampu membangun diri
menjadikan kertas litmus iman
kembali kepada pH neutral

~Semoga kita sama2 dapat membangun iman hanya untuk mencari RedhaNya~

Wednesday, July 13, 2011

Akhawat juga Manusia, Mereka perlu Teguran (versi akhawat)


Masam Manis Ukhuwah

Ukhuwah tidak sentiasa indah. Betul kah? Kalau nak tahu benar atau pun tidak, maka perkara pertama yang kita kena lakukan ialah. Berukhuwah. Jangan main cakap, tapi buat tak pernah. Main assume suka-suka hati. Jangan.

Tapi.. Benarkah ukhuwah tidak sentiasa indah?

Berbalik kepada tajuk, Akhawat juga Manusia
Perlu kita sedar, dan perlu kita sentiasa ingat bahawa akhawat ini cuma seorang manusia. Tidak bermakna dia ikut tarbiyah, ikut halaqoh, jaga mutabaah, buat kerja dakwah dan lain-lain. Maka taraf dia sama dengan malaikat. Iman sentiasa konsisten. Tidak pernah melakukan kesilapan.

Salah!

Beza antara seorang akhawat itu dengan manusia umum mungkin mereka ini adalah orang-orang yang cuba nak menjadi lebih baik dari segala kesilapan mereka yang dulu. Mereka adalah manusia yang mahu mendekatkan diri mereka dengan Allah, kerana sebelum ini mereka sangat jauh dari Allah. Mereka yang cuba untuk berbuat usaha-usaha kebaikan setelah hayatnya sebelum ini pernuh dengan noda dan dosa.



Maka pastinya, apabila seorang akhawat itu ingin berbuat sesuatu, pasti akan ada kesalahan dan kesilapan. Yang mana, kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bahawa itu adalah kesilapan ataupun kesalahan. Kerana itu dia memerlukan suasana tarbiyah dan ukhuwah untuk membantu dia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana dia itu asalnya bodoh, penuh kekhilafan dan tak reti nak jadi baik.

Tapi masalahnya wujud apabila, ada akhawat yang bersikap,


“Ukhti, cuba tengok akhawat tu. Asyik mengarah-arah je kerja nya.”

“Itulah, ana pun rasa dia ni tak menjaga perasaan akhawat lain.”

“Dah la tu, cakap kadang-kadang main lepas je.”

“Entah. Nama je orang ikut tarbiyah.”


Mungkin ini dialog yang pernah kita ungkapkan.

Cuma cuba lihat balik dalam situasi tadi.

Kalau benar akhawat yang dikatakan tadi itu buat kesalahan-kesalahan yang disebut tadi, maka akhawat tersebut memang perlu dibetulkan.


Dan, kesilapan kedua yang mungkin kita kurang perasan adalah akhwat yang berkata berdua tadi tu. Adakah itu sikap yang betul? Nampak kesilapan dalam diri orang lain, kemudian bercerita pada orang lain tentangnya. Tanpa pernah meletakkan usaha untuk pergi bertanya meminta penjelasan atau menegurnya terlebih dahulu? Meminta penjelasan atau memberi penjelasan.

Lebih malang lagi, cerita tentang akhawat itu tersebar luas. Akhawat-akhawat yang mula terpengaruh mula membuat muka, tidak bertegur bersalam, tidak berbual. Dan, akhawat yang melakukan kesilapan itu tidak tahu apa yang berlaku. Dan akhirnya, dia merasakan akhawat tidak suka dirinya lagi. Tanpa dia tahu rupanya dia buat silap. Akhirnya, dia keluar dari halaqoh! Dan mengatakan,

“Akhawat ni tak pandai berukhuwah. Nama je akhawat!”

Ini yang kita mahukan?

Salahkah kalau kita yang nampak akhawat itu bermasalah, kita terus menegurnya?

Tak kisahlah apa kesalahahan yang dia buat.

Terlalu banyak buang masa, cakap tak serupa bikin, tahu mengarah sahaja, tak nak buat kerja, bertangguh, datang lambat itu, selekeh, kedekut, atau apa sahaja lah.

Kita tegur. Agar dia tahu bahawa dia salah.

Bukan buat muka, banned, tak bertegur dan lain-lain..

“Macam mana pula kalau dia kecil hati nanti?”

Masya-Allah. Antunna berinteraksi dengan akhawat!

“Seorang akhawat itu tidak akan menegur akhawatnya yang lain melainkan mengaharapkan akhawatnya itu jadi yang lebih baik dan terbaik.”

Jadi, kalau kita sama-sama faham benda ni, takkan berlaku,

“Ah, kau pahal nak tegur aku?!”


Ok, mari kita lihat sirah..
+++


Diceritakan dalam riwayat yang berbeda oleh Ibn Al-Mubarok dalam dua kitabnya Al-Birr dan As-Shalah bahwa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar kemudian berkata kepada Bilal,

“Hei anak budak hitam”.

Rasulullah yang mendegar ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar,

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Peringatan Rasulullah ini meninggalkan pengaruh yang teramat dalam pada diri Abu Dzar. Beliau kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahwa beliau tidak akan mengangkatnya sebelum Bilal menginjakkan kakinya di atas kepalanya.

Tentunya Bilal tidak melakukan apa yang dimahukan oleh Abu Dzar, sebaliknya dia berkata kepada Abu Dzar,

"Aku memaafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah. Dan Biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."

+++


Cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW bertindak mendiamkan diri. Dan berbisik kat dalam hati.

'Abu Dzar ni teruk!'

Pastu cerita kat Bilal bila Abu Dzar beredar. Pastu Bilal pun sebarkan ada orang lain dan sebagainya. Masya-Allah, apa lah jadi agaknya ya? 

Tapi, tidak ukht, Rasulullah malahan menegur Abu Dzar, dan Abu Dzar yang faham bahawa dia berbuat salah terus meminta maaf. Dan cara dia mantaplah, terus letak kepala kat tanah suruh dipijak. Tapi atas dasar ukhuwah, Bilal tidak pula mengambil peluang untuk main lompat-lompat atas kepala Abu Dzar. Ataupun Rasulullah SAW dan Bilal buat muka dengan Abu Dzar. Tak bertegur. Tak nak layan dan lain-lain. Tidak!

Jadi siapa kita nak tunjuk kita ni hebat dengan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW, dan meninggalkan contoh yang ditunjukkan?


Kisah lain..
+++

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah SAW melakukan solat zuhur 5 rakaat. Kemudian beliau SAW ditanya,

“Apakah ada penambahan di dalam solat?”

Beliau SAW bersabda,

“Ada apa?”

Mereka mengatakan,

“Engkau telah melakukan solat (zuhur) 5 rakaat.”

Kemudian beliau SAW melakukan sujud sahwi dua kali setelah dia salam.

[HR Abu Daud dan Tirmidzi]

+++


Ada tak tiba-tiba Rasulullah SAW melenting kerana dia ditegur? Seorang Rasul tu!

Dan ada tak para sahabat membiarkan dan buat tak tahu. Kemudian katakan dia ni tak betul, pastu buat konspirasi menjatuhkan dia?


Tegurlah Mereka

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” 
[QS Az-Zariyat, 51:55]

Beri peringatan. Tegur akhawat tu jika nampak dia silap. Kalau dia menolak ke, melenting ke, mengamuk ke, itu hal ke-14532. Hal yang pertama kena buat itu adalah TEGUR.

Bukan biarkan sahaja.

Kalau kita biarkan sahaja. Simpan dalam hati. Maka yang akan tahu itu adalah kesilapan cuma kita dan hati kita je. Lepas tu mulalah terseksa jiwa dan raga sebab hipokrit konon nak jaga perasaan.


Lepas tu, akhawat yang buat silap itu terus bergelumang dalam kesilapannya. Lebih malang. Terus bergelumang dengan dosa yang dia tidak perasan akan dia sedang melakukannya. Kerana apa?

Kerana sikap kita yang tidak menegur dia.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” 
[QS al-‘Asr, 103:1-3]

Ingat juga sirah yang termaktub dalam surah ‘Abasa, ketika mana Allah menegur Rasulullah SAW ketika dia memalingkan muka terhadap Abdullah Ummi Maktum yang buta yang datang mahukan Islam ketika Rasulullah SAW sedang berusaha menawarkan Islam kepada pembesar-pembesar pada ketika itu.

Ingatlah..

Akhawat juga manusia.. Mereka memerlukan teguran dari kamu.


p/s: pastikan cara menegur anda itu berhikmah (tegas dan benar) [QS 16:125]

Sumber asli: (klik sini)