SALAM

Tuesday, February 8, 2011

Mulakan dengan diri sendiri

Setiap orang berhak menyampaikan kebaikan. Malah, kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim atau muslimah sememangnya memegang tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah sebagai pembawa kebaikan. Menyeru orang kearah kebaikan bukan hanya terhad kepada sesetengah golongan yang dikatakan layak untuk menyeru. Tetapi telah tergalas di bahu masing-masing sejak dilahirkan lagi bersama tauliah khas yang telah dianugerahkan oleh Allah pada setiap diri seorang muslim.

Orang yang memahami akan tanggungjawab ini akan sedaya upaya mencari jalan yang terbaik yang boleh menyampaikan suara seruannya. Tidak kira medium sama ada melibatkan diri dalam mana-mana badan organisasi atau bergerak secara sendiri dan berhijrah mencari peluang mengislah diri kearah yang lebih harmoni. Mereka yang memahami tuntutan seruan ini merasakan seandainya diri tidak bergerak untuk bekerja menyampaikan seruan ke arah kebaikan, adalah suatu kerugian yang besar. Oleh sebab itulah, orang yang bersedia bekerja bersama demi tuntutan agama ini, bukan sahaja melapangkan diri untuk menerima tanggungjawab, malah bersedia ‘mendarahdagingkan’ diri kepada sesuatu yang bernama pengorbanan. Kerana memamg lumrah orang yang menyeru, pasti dirintangi dengan perbagai dugaan dan cabaran. Dan pengorbananlah yang menjadi pertaruhan.

10 muwasoffat tarbiyah yang telah di gariskan oleh Imam Hasan al-Banna, sebagai rujukan seseorang untuk mengislah diri kearah kebaikan. Inilah tangga pertama yang perlu dinaikki oleh seorang muslim untuk membentuk diri sebagai muslim yang sejati. Hal ini adalah permulaan pertama yang perlu dilalui. Kerana orang yang menyeru perlu memastikan apa yang akan diseru telah atau sedang dilaksanakan oleh diri sendiri terlebih dahulu. Menyeru ibarat merawat penyakit dan sasaran pesakit adalah masyarakat sekarang yang sedang sakit dan tenat dek kuman-kuman jahiliyyah yang semakin merebak. Kitalah Tabibnya. Mana mungkin seorang yang sakit ingin mengubati orang lain yang juga sakit sepertinya, melainkan diri sendiri dahulu berusaha menyembuhkan penyakit yang ada pada diri sendiri.

Atau dengan ungkapan mudahnya, sekiranya kita menyeru kearah akhlak yang baik, pandanglah dahulu akhlak yang ada pada diri sendiri. Sekiranya kita memperkatakan soal kesempurnaan ibadah, maka seiringlah usaha untuk memperelokkan ibadah kita seharian, dan sekiranya kita berbicara soal hati, maka selidiklah hati sendiri dahulu sebelum merawat hati yang lain.

Oleh itu….
Mulakanlah dengan diri sendiri dahulu…
Sebagai orang yang menyeru ke arah kebaikan, contoh teladan harus dimulai dengan diri sendiri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w adalah qudwah pertama bagi dai’e dalam memperjuangkan agama Islam, sahabiah dan ummahatul mukminin adalah qudwah kedua kita. Oleh itu persediaan ilmu dan amal mestilah seiringan.

Saya memetik Hadist Rasulullah saw:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya : Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radiallahuanhuma berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya, kemudian ia berpusing-pusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian itu lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya dan berkata kepadanya : “hai fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran?” lalu dia menjawab: “ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”.
Wallahu’alam

Hijrahkanlah diri terus-menerus ke arah ketinggian Islam. Seiringkan iman, ilmu dan amal dalam perlakuan kita seharian, kematangan harus dipupuk dengan berfikiran rasional dan terbuka, tetapi tidaklah sehingga terkeluar dari batasan syara’. Semua ini adalah untuk menuju ke arah kesejahteraan dan kemurniaan hidup sebagai umat Islam umat yang terpilih sebagai ‘penyeru’ ke arah kebaikan. Genggamlah ungkapan ini “ Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung”. Jangan lah kita lupa, di bahu kita sarat dengan tanggungjawab pengislahan dan pembelaan terhadap Islam, jangan sesekali memilih zon selesa walau beribu rintangan mendepani kita, kita akan kuat jika kita berani, halusilah ia dengan ilmu yang mantap ke arah persediaan yang utuh. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.

Sesungguhnya kebahagiaan kita dalam menyeru akan terasa indah apabila apa yang disampaikan menjadi penguat semangat yang berterusan kepada diri. Benar, mudah memperkatakan, tetapi sulit mempraktikkan lantas melahirkan sifat dan akhlak terpuji sebagai tauladan.

Teringat saya akan firman Allah:

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya membuat kebaikan, sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, maka tidakkah kamu berfikir? “~ al-Baqarah;44

Gementar rasanya hati, apabila saya sebagai orang yang bekata menyampaikan peringatan ini. Pastinya semua ini untuk diri sendiri. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk lebih bersemangat dan sentiasa mengislah diri serta menyeru hati-hati ke arah mencapai keredhaan Allah.
 
~ NY

Monday, February 7, 2011

Kasih Buat Akhwat


Bismillahirrahmanirrohim



Doa Rabitha sebagai pengikat antara hati-hati kami semua kerana DIA...

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan


sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan


kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…


huu..huu..huu..
huu..huu..huu..


lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela


lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela


kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…



Doa ini dituju khas untuk semua akhwat terutamanya akhwat UUM yang disayangi dan dikasihi dalam perjuangan ini.

Coretan first ana di blog ini..:-)
~Bunga~


hayatilah liriknya:




Saturday, February 5, 2011

Mana milik kita..


Lirik lagu dari kumpulan rabbani yang membuat hati ini tersentap. Memberi makna yang cukup mendalam buat diri ini. Subhanallah, setiap harta dan jiwa yang kita miliki sebenarnya milik Allah. Udara yang kita hirup setiap hari milik Allah. Ibu bapa kita milik Allah, laptop kita milik Allah, duit yang kita miliki sebenarnya milik Allah, hatta jari yang mengetuk keyboard dan anggota badan yang kita gunakan setiap hari semuanya milik Allah.

Alam ini  milik Allah, kerja yang kita dapat milik Allah, pangkat dan anak yang kita miliki semuanya milik Allah. Kita hanya mengusahakan sahaja di muka bumi ini yang sememangnya milik Allah juga. Sama-sama kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan kepada kita.





Allah pemilik hati ini, Allah mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-hambaNya. Ya Allah, kami mohon agar ditetapkan hati ini dalam menaatiMu..


~muslehah~

Thursday, February 3, 2011

Lihatlah siapakah Nafsumu itu!

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." 

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., 
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." 
>>>LIHATLAH, betapa sombongnya nafsu!

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

sharing is caring..

Destinasi cinta yg dicari

Destinasi cinta yg dicari

Ku dambakan cinta MU,
Ku cari dan cari,
Rupa-rupanya terlalu hampir,
Namun kabur,
Dek kerana dosa diri ini…

Ya ALLAH,
Diri ini pernah berjanji pada MU
Namun sering mungkiri janji itu,
Diri ini pernah menangis kerana mu,
Namun kemudian ketawa kembali.

Ya Allah,
Diri ini lemah,
Sering tertipu,
Pada nafsu yang menyelubungi diri.

Ya Allah,
Kuatkan aku,
Lembutkan hati ku,
Leraikan aku dari pautan nafsu.

Ku tagih cinta MU,
Walau ku tahu
Sukar bagi ku mendapat cinta MU,
Namun ku harap keampunan dari MU.

Ampuni aku dan rahmat diri ini.
Adaptasi dari DESTINASI CINTA
by sumayyah

Tuesday, February 1, 2011

Hikmah Al-quran: Kisah tentera Jalut & Talut

Alhamdulillah, moga secebis coretan ini dapat sama-sama kita hayati dan ambil pengajaran untuk menambah keimanan kita pada Allah.




Kejadian berlaku beberapa ribu tahun lampau di sebuah tempat bernama Armagedon. Peperangan antara tentera Jalut(pihak jahat) dan Talut(pihak baik). Kedua-dua tentera ni berbangsa Yahudi. Peperangan tercetus kerana ketidakpuasan hati Jalut kerana tidak dapat mentadbir Jerusalem.. mari kita sama-sama telusuri sirah ini..

Kisah ini hanyalah sekadar sebuah hikmah di ajarkan Allah buat  hamba-hambaNya yang beriman dan mengaku beriman .Marilah sama-sama kita renungi…

Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, “ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barangsiapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya , maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk secedok dengan tangannya.”  Tatapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia Talut dan orang-orang  yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, “ Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya. “  Mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah  berkata, “ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.” Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah,2:249)

Hanya yang beriman sahaja yang mampu menerima ujian ini , jika difikirkan dengan logic akal tidak munasabah untuk diterima.

Manakan tidak, semestinya  setelah berjalan beribu-ribu batu, kita  akan mencari R&R.  Jika R&R di Malaysia ni kita berhenti untuk  makan, minum, melepas hajat atau untuk menghilangkan letih setelah berjalan jauh. Begitu juga dengan tentera Talut ini .

Bayangkanlah jika  kita di posisi mereka , mesti kita nak rehat setelah merentasi padang pasir yang panaskan?


Alhamdulillah.. 


Dikisahkan setelah penat berjalan mereka pun jumpa sebatang sungai kecil yang mengalir. Mereka membuat keputusan untuk berehat seketika.

Tetapi larangan Allah benar-benar jelas  menguji keimanan mereka ,

“ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka  barangsiapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya , maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk secedok dengan tangannya.”

Nak ceritanya kekuatan pihak musuh pula seramai 70 00 orang .Tentera Talut pula  pada asalnya seramai 700 orang. Kini  berkurangan menjadi hanya 70 orang je.


.Rasa-rasanya la kan kalau kita kat tempat mereka, berani tak kita untuk teruskan berperang?

Saat ini hanya iman sahaja yang mampu menjawab…

A.      Ya
B.       Tidak

Iman yang terbina dengan benar telah menguatkan tentera Talut untuk meneruskan cita-cita besar mengalahkan kezaliman Jalut. 


Cita-cita mereka hanyalah, hidup mulia atau mati syahid. Moga Allah meredhai cita-cita besar mereka ini..




Tatapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil dia antara mereka. Ketika dia Talut dan orang-orang  yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, 

“ Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.

“  Mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah  berkata, “ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.” Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

Nape ye Allah larang tentera Talut dari minum air?

Ini kerana Armagedon tu sebuah tempat yang panas terik. Dan sungai tu pula airnya tersangat sejuk. Jika tentera minum air yang sejuk tu terlampau banyak , maka ia akan melemahkan badan. Kekuatan fizikal pun berkurangan. So, untuk menjaga kekuatan fizikal.. perlukan stamina yang baik. Kalau semua dah lembik..camne nak pergi berperang?


Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini adalah Allah sangat mencintai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.So, sama-sama kita cari kekuatan diri dalam melaksanakan amanah Allah kepada kita


Wallahu'alam

Sumber: ringkasan ceramah Dr. Jamnul Azhar Mulkan bertajuk "Bicara Hati" sempena Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan UUM

Diolah: Aina Qalbyna-           "Mencuba ikhlas dalam Menjalani Hidup"

Monday, January 31, 2011

Satu Permulaan...

Biar di sini menjadi satu permulaan....
walhal telah lama menapak atas jalan yang panjang....
sesekali harus persembahkan nukilan....
biar tersentuh pada mata hati yang paling dalam...

***
Akhawat...
di sini kita akan bersama...
merentas daerah yang bersimpul satu rasa...
dengan pengabdian seorang hamba...

Aku kagum dengan kalian...
atas perjuangan yang tak berpenghujung..
kalian tegar dengan cabaran...
biarpun tahu, di sana bagai ada panas yang membahang....
bakal menghilangkan nikmat yang sering melenakan insan....

Namun...
sebuah janji dalam qalam Tuhan...
telah mengikat utuh langkah kalian....
perbaiki diri...dan kemudian...
serulah orang lain untuk tadabbur pesanan...

Kita tahu...
Jalan kita, jalan yang panjang....
akan ada duri-duri yang menghalang...
Kerana kita dikurniakan buah kefahaman
akhirnya..
langkah bersama, terus kita aturkan....
biarpun kadang-kadang hampir kecundang...

Dan kini...di sini...
setapak lagi kita melangkah...
menyampaikan kalimah melalui nukilan...
biar tersentuh hati-hati yang dahagakan pesan..
lantas, meyuburkan taqwa...
membuahkan iman...

InsyaAllah....

***

Sebarkan fikrah...
Moga dipermudahkan Allah....

~ NY