SALAM

Monday, March 14, 2011

JANGAN MEMILIH

ASSALAMUALAIKUM...





Bismillahhirahmannirahim..dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang masih lagi memberi peluang dan ruang untuk ana mencatat sesuatu di blog ini..
Tapi kali ini bukan sesuatu yang panjang untuk diconteng, mungkin sekadar tulisan yang ringkas atau apa yang terlintas di fikiran.

Setiap orang mempunyai kawan, teman, sahabat, sodiq, mahupun friend, tapi sejauh mana mereka semua kita hargai. Adakah sekadar gelaran yang disimpan di minda atau sekadar nama yang disebut atau sekadar teringat bila memerlukan atau mereka semua benar-benar utuh dalam hati kita sebagai orang yang kita sayangi dan hargai selain daripada keluarga. Jangan kita memilih sahabat atau teman yang kita rasa sayang dan selesa dengan mereka semata-mata, sedangkan kita tidak berusaha membina perasaan sayang dan selesa itu dengan kawan dan sahabat-sahabat yang lain. Jangan lah kita harapkan mereka untuk kita mampu melahirkan perasaan nikmat dalam sesebuah persahabatan, tapi biarlah kita yang tanamkan ia terlebih dahulu. Jangan lah buat layanan endah tak endah pada mereka yang kita rasa tak ada sayang buat mereka, sekurang-kurangnya hargailah mereka..
Hadis Arba’I, hadis ke 13:
                “Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari Muslim)

Hanya sebagai peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Hadis di atas jelas bahawa kita tidak patut mencintai saudara kita yang tertentu sahaja tapi semua yang bergelar saudara seakidah dengan kita terutama teman seperjuangan. Sama-sama lah kita memperingati diri kita..Asifah jiddan…



~bunga~

Sunday, March 13, 2011

Nikmat Allah....Lafazkan syukurmu!

Sungguh indah ciptaan Tuhan
Laut membiru nyiur melambai
Ombak menderu memukul pantai 
Hati yang resah menjadi damai..




Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat dan masa lapang..Moga tak lalai menjalankan amanah Ukhti!

Sedikit coretan dan pesanan dariku untukku..hehe

Alloh maha besar
dgn sgala keagungan milik mu
Alloh maha besar 
segala puji untuk mu

bayi yang lahir
nyawa yang hilang 
setiap insan
semua telah di tuliskan

burung yang terbang 
ikan berenang
karena Alloh

tiada satupun 
yang tak terencana
daun yang jatuh dan hujan yang turun
setiap musibah dan kematian telah di tuliskan

Alloh yang Maha Pencipta
tak satupun kekurangan
alloh yang maha besar
sgala puji untuk mu

ref...
Alloh Maha Besar 
dgn sgala ke agungan milik mu
Alloh Maha Besar 
sgala puji untuk mu...2x
Segala ciptaan Allah tidak pernah sia-sia..penciptaan langit, bumi, hidupan malah lalat yg kecil pun ada manfaatnya..hanya orang-orang yang berfikir sahaja akan menghargai segalanya..Mari kita lafazkan syukur!


Saturday, March 12, 2011

Ajal Pasti Tiba

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Allah masih memberikan kita nikmat untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang akhwat yang berada di sini. Semoga ukhti berada dalam redha Illahi dan semoga ukhti makin mendekatkan diri pada Allah.



Setiap tahun, pasti kita akan menyambut hari ulang tahun kelahiran kita dan tanpa kita sedari sudah makin bertambah usia kita di dunia ini dan semakin pendek usia kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kita sering menyambut hari lahir kita dengan sedikit jamuan atau lebih sinonim dengan “birthday parti” tetapi kita kurang muhasabah diri pada hari lahir kita dengan memikirkan berapa amal yang telah dilakukan sepanjang hidup di dunia ini.

Semakin hari kita sibuk dengan kehidupan dunia sehingga kita sering terlupa untuk beramal untuk kehidupan di akhirat kelak yang kekal abadi. Inilah sifat manusia yang sering lupa akan tugasnya yang utama di dunia ini. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Semoga kita sentiasa ‘refresh’ niat kita agar amal yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t..

Semalam semasa berada di kafe terpandang siaran berita di televisyen, sungguh menyayat hati. Ana tidak dengar di mana tempatnya tapi dapat lihat suasana di tempat tersebut iaitu gempa bumi di Tokyo, Jepun yang mengakibatkan tsunami (tempat ni pun tahu pagi tadi lepas buka berita harian online). Jadi untuk mendapatkan kepastian di mana tempat tu ana bertanya kepada pak cik cashier, tapi ana dapat respon yang tidak menjawab soalan ana tapi menyindir ana dengan mengatakan “Aii.. takkan tak tahu, dunia dah nak kiamat dah.” Terasa ana saat tu, tapi bila teringat apa yang dikatakan pakcik tersebut dan caranya menjawab soalan ana, ana jadi sedih kerana senang sahaja manusia mengungkapkan perkataan dunia nak kiamat tapi persiapan untuk beramal dengan sebaiknya tidak seiring dengan apa yang diperkatakan.


Muhasabah ana bersendirian tatkala Allah menegur ana dengan apa yang dikatakan oleh pakcik tersebut. Terima kasih Allah dan terima kasih pak cik. Semoga kita sentiasa bermuhasabah agar setiap yang kita terima diambil secara positif walaupun ditegur atau dikritik secara kasar.


“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” (Al-A’raf, 7 :34)

Berbalik pada tajuk asal, setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Jadi kita perlu menyiapkan diri bagi menghadapi kematian yang pasti terjadi. Semoga Allah meredhai setiap detik-detik dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

~muslehah~

Tuesday, March 8, 2011

Mari Tadabur Alam




in the name of Allah The Most Gracious & The Most Merciful
Assalamualaikum....
Selalunya saya sering ajak kalian untuk tadabur ayat Quran tapi kali ini kita beralih kepada tadabur alam pula ye. Tadabur surah An-Naba kita sambung kemudian hari ye. 
Kawan-kawan jom kita lihat gambar-gambar di bawah, saya nak bawa kalian semua ke tempat berkenaan tak mampu,kita tengok gambar jadi lah ye...

subhanallah... cantikkan. Ketiga-tiga gambar ini merupakan pemandangan dari surau Mardi Bukit Tangga.
 






Jom kita tengok gaambar lain pula.

Gambar di atas ni pula ialah gambar di sekitar ladang mangga komersial, Mardi Bukit Tangga. subhanallaah Maha Suci Allah. Cantiknya ciptaan Mu

 
Gambar ni pula gambar dari atas pondok di kawasan ladang mangga sala milik En. Hamid, Perlis.

Gambar seterusnya mesti budak-budak UUM familiar. Pemandangan di bawah diambil sewaktu matahari nak terbit di Lebuh Raya ke UUM di hadapan Taman Universiti.
  
Sama-sama kita lihat semua gambar-gambar di atas dengan mata hati. Rasa tak betapa agungnya kuasa Allah yang Maha Pencipta? segala ciptaanNya sempurna tiada cacat cela. Mari kita lafazkan takbir & tahmid memuji kekuasaanNya. 

3:190-191

by sumayyah maaf lambat 







Monday, March 7, 2011

TERIMA KASIH RABB KU

Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani yang mencipta dan mentadbir seluruh alam, yang menetapkan segala takdir bagi semua makhluk. Dia yang berkuasa atas segala-galanya..
Tetiba hari ini hati ingin melakar cerita diri, mungkin sebagai luahan hati atau sekadar coretan biasa sebagai peringatan hati pada Sang Khalid..Semalam hari ahad 6 mac 2011 bersamaan 1 rabiulakhir 1432h. Ujian dan nikmat datang silih berganti pada hari ini, adanya suka adanya duka yang menguji ketabahan hati dalam menghadapinya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan…….(2:214).

Penciptaan cuaca yang aman pada awalnya dengan cahaya matahari yang menyinari alam semester. Pada jam 10 pagi Allah masih lagi memberi nikmat pada diri untuk meneruskan perjuangan dalam amanah yang dipikul, di panjatkan kesyukuran padaNYA sehingga perjuangan untuk hari ini selesai pada jam 2 petang. Kemudian masih lagi diberi kekuatan untuk terus melangkah mencari santapan jasmani untuk tengah hari ini dengan mendapat nikmat makanan yang dah berhari-hari diidamkan namun agak dukacita disebabkan nikmat yang diperoleh tidak mampu untuk dinikmati dengan romate2 walaupun dah berminggu-minggu merancang, namun Allah tetap mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Kemudian langkah diteruskan lagi menuju ke pejabat asrama untuk mendapat kepastian berkenaan pelekat untuk motor kesayangan, Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusannya, walaupun tak diluluskan permohonannya tapi diri ini masih lagi diberi peluang untuk mengisi borang buat kali kedua permohonan, mungkin salah diri juga permohonan pertama ditolak, syukur padaMU kerana masih lagi memberi diri ini peluang dan ruang. Tapi agak terkilan disebabkan ingin menyelesaikan permohonan kedua, ayahanda tersayang di kampung terpaksa disusahkan, ayahanda terpaksa berkejaran ke pejabat sebelum tamat operasi untuk hari ini demi menyelesaikan surat-surat yang diperlukan, besarnya pengorbananmu ayahanda tercinta, tak terbalas oleh diri ini,

 “Abah, jah mohon ampun jika ada salah dan silap yang menguris hati abah, doakan kejayaan jah di sini, hanya doa jah mampu iringi demi kebahagian abah dan mak ”.

Dan Rabb-mu telah memerintahkan kpd manusia janganlah ia beribadah melainkan ha kpdNya dan hendaklah beruntuk baik kpd kedua orang tua dgn sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari kedua atau kedua-dua telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kpd kedua ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan katakanlah kpd keduanya perkataan yg mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua dgn penuh kasih sayg. Dan katakanlah, “Wahai Rabb-ku saygilah kedua sebagaimana kedua menyaygiku di waktu kecil” (17:23-24).

Terima kasih Allah dengan nikmat ibu bapa yang terlalu penyayang dan ambil berat terhadap anak-anaknya..

 Namun petangnya titisan air dari langit mula menunjukkan diri ketika diri ini sibuk menyelesaikan surat –surat yang diperlukan sehingga makanan yang dibeli tak mampu untuk disentuh. Ini lah hikmah Allah untuk tidak lunch sama2 dengan romate2 tersayang. Dalam sibuk mencari jalan penyelesaian untuk surat-surat yang diperlukan, ada akhwat yang datang menghulurkan bantuan, walau dalam keadaan hujan yang sangat lebat, akhwat sanggup bersusah bersama diri ini meredah hujan yang lebat sehingga kami berada dalam kesejukan demi menyelesaikannya. Walaupun berada dalam ujian suratnya, ujian hujan yang berlebatan dan ujian motosikal yang down, namun Allah masih lagi memberi nikmat ukhwah ketika berada dalam keadaan seperti ini. Namun satu lagi ujian yang perlu ditempuhi apabila motor kesayangan meragam buat kali ke berapa pun dah tak ingat. Sungguh hebat diri ini diuji dengan kenderaan yang satu ini, hanya kesabaran yang mampu dilaksanakan, tapi kami masih bersyukur kerana tiada berlaku kecelakaan walaupun motor hampir terbalik.
“Jazakillah ukti kerana bersama ana walau terpaksa bersusahan dengan motor dan  meredah hujan yang lebat, hanya kalimat keramat TERIMA KASIH yang mampu ana ucapkan. Sayang enti kerana Allah “. 
Yang Allah diri ini bersyukur dengan nikmat sahabat yang Engkau kirimkan.

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (49:10).

 


Alhamdulillah, motor pun dah masuk hospital yang sepatutnya, pak cik yang tak pernah jemu membantu telah datang membawa ia pergi buat seketika. Semoga dipermudahkan Allah atas urusan yang dibuat.
Hanya sekadar coretan hati yang ingin diluahkan atas apa yang telah dihadapi sebagai peringatan diri bahawa hanya Allah yang berkuasa atas semua perkara dan ujian yang dihadapi sebagai peringatan untuk kita atas dosa-dosa yang lalu. Sesungguhnya kita yang merancang untuk sesuatu tapi jika Allah kata tidak, perkara tersebut tak akan berlaku. Jika dibilang antara nikmat dan ujian untuk satu hari ini sahaja, nikmat melebihi daripada ujian, jadi kenapa kita nak sombong padaNYA sedangkan Dia sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya. TERIMA KASIH RAB KU.

~bunga~

Sunday, March 6, 2011

Sabar

Teringat satu mesej yang diterima dari seorang akhwat ketika sedang bercuti pada cuti semester tahun lepas. Mesej di reply oleh akhwat tersebut apabila diri ini menyatakan betapa teruknya iman ketika berada di rumah di mana mutabaah amal yang dilakukan tidak lagi membuatkan hati bersungguh-sungguh dalam melakukannya. Mesej tersebut masih lagi tersimpan kemas di dalam handphone.

Insyaallah, ana ingin berkongsi tentang isi yang sangat penting dari mesej tersebut. Isi kandungan mesejnya adalah berkaitan sabar daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Zambri. Rancangan Tanyalah Ustaz ditonton oleh akhwat ini pada hari yang sama ana mesej padanya.


Sabar itu ada tiga keadaan: 
1) Sabar dalam menghadapi ujian
2)Sabar dalam ketaatan pada Allah
3) Sabar dalam menghindari maksiat

Insyaallah, sebagai seorang akhwat yang ditarbiyah kita sering dididik agar menerapkan dan mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian kita kerana kita yakin dengan matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah.

Ayat yang sangat ana terkesan dari mesej tersebut adalah “Ukhti, kita mungkin tidak bermaksiat seperti pelaku maksiat yang lain (contohnya berzina, minum arak, couple dan lain-lain) tetapi maksiat yang mungkin kita lakukan adalah dengan tidak menjaga hubungan dengan Allah.”

Insyaallah, kita mudah menjadi seseorang yang sangat bersabar dalam menghadapi ujian dan menghindari maksiat secara berterusan kerana kedua-dua keadaan ini akan membuatkan kita lebih berhati-hati dan berfikir secara positif serta redha dengan ketentuanNya. Tetapi sabar dalam ketaatan sangat sukar untuk kita berbuat dalam keadaan berterusan (istiqamah), kerana kita tidak diasak dengan ujian yang berat tetapi sabar dalam ketaatan memerlukan kita melakukannya secara rela dalam setiap ibadah.

Kita sukar untuk bersabar dalam menjaga mutabaah harian seperti tilawah, dhuha, qiamulail, istighfar, mathurat dan puasa sehingga kadang-kadang kita merasa tidak apa jika kita meninggalkannya sehari/sekali dalam seminggu. Kita juga sukar untuk bersabar dalam menjaga mutabaah amal sehingga akhirnya kita berputus asa dan merasakan mutabaah amal menjadi beban pada diri kerana niat yang salah.


Apabila sekali sahaja kita bermaksiat kepada Allah dengan tidak menjaga hubungan denganNya. Keadaan ini memberi impak/kesan yang sangat besar pada iman. Na’uzubillahiminzalik, semoga Allah mengampuni dosa kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa sabar dalam ketaatan kepadaNya.


Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

p/s: asifah lambat send

~muslehah~


Tuesday, March 1, 2011

Refleksi iman: sudahkah kita Khusyuk?

Setinggi-tinggi syukur dirafakkan pada Allah Azza wa Jalla, pemilik hati dan jasad. Selawat dan salam ke atas junjungan agung , Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam diperpanjangkan pada ahlul bait, sahabat wa sahabiah, para tabi’in, tabiut tabiin, para salafussoleh  dan  segala mukmin dan mukminat yang masih teguh memperjuangkan kalimat ulya, La ila ha ilallah. Moga Allah rahmati kita
                
Lumrah hidup tidak pernah lari dari masalah. Persoalannya camne kita  tangani segala masalah itu semasa kita hendak berjumpa dengan Allah semasa solat? Mungkin kekadang terasa nak ekspress..tapi itukah hadiah yang wajar diberikan padaNya?

                Persoalan untuk khusyuk dalam solat begitu kompleks untuk di aplikasi pada hari ini. Sirah mengajarkan bahawa para pendahulu begitu mudah merehatkan diri dengan solat dan membaca kalam Allah. Teringatkan kisah Rasulullah bsama Abdullah ibnu mas’ud. Pada waktu itu, Rasul meminta Abdullah membaca al-quran untuknya. Sesi dialog bermula..

Layakkah Aku untuk membaca kan ayat2 Allah untukmu sedangkan engkau seorang yang mulia dan Allah mewahyukan ayat2 tersebut kepadamu

Disebabkan engkau adalah seorang pembaca Al-quran terbaik ya ibnu mas’ud menyebabkan aku suka jika engkau yang membacakan kalam2 Allah itu untuk kudengari

                Abdullah ibnu mas’ud merupakan sahabat yang elok bacaannya sehinggakan malaikat juga suka berjemaah dengannya ketika solat. Subhanallah..

                Realitinya, mari kita renungi bagaimanakah caranya untuk khusyuk?

Sebelum itu, suka saya mengajak untuk kita sama2 berfikir:

"Apa pandangan anda  jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" 
“Apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" 

Takpelah dah terlanjur tulis , baik saya jawabkan…

Sudah tentu dia tak berapa takut, kita pulak yang takut biasanya" 

Tindakan kita adalah refleks daripada ILMU dan KEYAKINAN.. sudah tentulah kanak2 berusia setahun tidak akan takut bila berada di cerun kerana ilmu yang ada pada mereka tidak sampai ke tahap untuk mereka menjauhi bahaya. Berbeza pula kita , dimana apabila berhadapan harimau.. mesej yang sampai pada otak mengisyaratkan BAHAYA dan perlu untuk kita menghindari. Hormon Adrenalin pula menghantar impuls ke otak untuk menjauhi keadaan bahaya tersebut..

*Adrenalin hanya akan dirembeskan bila kita berada dalam keadaan bahaya atau takut

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً
Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"



Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Masalah  yang dialami oleh kita kerana tak khusyuk ini melambangkan ilmu dan keyakinan kita masih tidak kukuh  tentang kebesaran dan kekuasaan Allah Azza wa jalla.  Natijahnya sukar untuk kita faham dan aplikasi dalam kehidupan. Oleh itu , dekatilah Allah dan KENALI lah dengan pembacaan dan doa agar mudah untuk kita rasakan kebesaran Allah di hati, dan menghayati ibadah solat yang kita lakukan seharian. Allah Maha Penyayang dan Pengasih. Jangan jemu untuk meminta padaNya!




*Peringatan buat diri penulis khasnya dan selebihnya kepada pembaca

Diolah:  Aina Qalbyna