SALAM

Wednesday, December 14, 2011

Semoga Ummah TerISLAH!!! (Akhir)

"Kalau niat kita benar hendak membersih dan membebaskan tanah ini, maka kita kena bersabar sehingga ummat terislah."

"Itu yang kami tidak faham, wahai Abu Syahid. Kenapa kena menunggu ummat ini terislah?"

" Sebab apa yang jadi pada kita hari ini, adalh teguran kepada ummah? Hanya apabila yang ditegur itu tersedar dan menerima teguran, hanya ketika itu teguran ini akan diangkat dan diselesaikan urusannya" Abu Syahid terus tersenyum. Bazookanya disangkut di belakang tubuh.

" Ayuh, kita gerak" Dia mengeluarkan arahn dalam bentuk ajakan terlebih dahulu melangkah dari kami. Kami mengikut dalam diam. Di dalam kepala, aku berfikir.

********************************************************************************

Api yang menyala sedikit, menghangatkan suasana. Sejuk hingga sampai ke tulang sum-sum sedikit reda.

"Asadullah, bagaimana kamu?" Satu suara menyapa selepas salam dikeluarkan. Aku mengangkat kepala. Sinan, senior dalam pergerakan perjuangan ini bergerak mendekati aku.

''Duduk sahabat" Aku memberi ruang. Dia pun duduk.

"Kenapa aku nampak kau macam berfikir panjang?Teringat keluargakah? Terfikir bila kita boleh menang hanya bila ummat..."

Dan aku pantas memotong bicara Sinan, "Terislah?"

Sinan tersenyum manis. "Ya"


"Kenapa begitu? Kenapa kita tidak boleh terus  sahaja menyerang tel Aviv dan meruntuhkan kezaliman Yahudi walaupun kita berkemampuan? Sudah lebih 60 tahun tanah Allah ini dinodai". Aku meluahkan segalanya kepada Sinan keran aku masih tidak faham kenapa masih perlu menunggu..

"Sebab, kita tidak berjuang hanya untuk membebaskan sebidang tanah."Sinan menjawab.

"Eh?" Aku bertambah hairan.

"Hal Palestina bukan hal kita sahaja. Palestina, bukan tanah kita semata-mata. Palestina, adlah masalah ummah. Ini tanah suci ketiga ummah kita. Dan walaupun ini tarafnya tanah suci, ummah kita tetap membutakan mata dengan situasinya yang ternoda. Ini, menandakan ummah kita da masalah" Sinan berbicara.

"Jadi, apa kata kita runtuhkan Tel Aviv sahaja, dan mengakhiri kesengsaraan ini?" Sinan menggeleng.

"Kalau ummah tidak terislah, maka kejayaan kita adalah sia-sia"

"Kenapa?" soalku tidak mengerti.

"Bayangkan, kita berjaya merampas Palestina dari Israel, kemudian? Kemudian...?"

"Tidakkah kau melihat betapa seluruh musuh-musuh Allah di pelusuk dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah kita? Ketika itu bagaimana" Soal Sinan kepadaku bertubi-tubi.

Aku diam. Ya. Kalau kami berjaya, maka pastinya ini akan menggemparkan dunia. Negara-negara besar seperti Amerika syarikat tidak akan berdiam diri dan menunggu lama. Pastinya, semua kekuatan akan ditumpukan kepada kami.

"Kau nampak sekarang? Kalau ummah kita seperti hari ini, masih lagi nafsi-nafsi, bergaduhan, tidak bersatu, pengecut, tidak mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yang akan bersama dengan kita ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk menghapuskan kita?"

"Tiada. Akhirnya, semua perjuangan, pengorbanan sebelum ini akan menjadi sia-sia sahaja."

"Adakah, kau nak mengharapkan pada ummah kita yang tidak menjalankan perintah Allah ini?"

Tidak.

Mustahil.

"Adakah kau hendak mengharapkan pada ummah kita yang mengingkari Allah?" Lagi mustahil..

"Adakah kau hendak mengharapkan bantuan mereka yang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup?"

"Tidak.kalau Islam tidak di ambil sebagai cara hidup, bagaimana hendak mengorbankan diri dalam membantu agama Allah? Dan ketahuilah Asad, bahawa ummat kita sedang terkena penyakit-penyakit cinta dunia ini. Mustahil mereka ini, akan membantu kita melainkan mereka ini terislah kepada yang benar semula".

"Wahn?" Soalku.

Sinan mengangguk. Wahn adalah perkataan yang membawa maksud CINTA DUNIA dan TAKUT MATI. Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn apabila berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.

"Sebab itu, kita harus terus bersabar. Tugas kita, adalah bertahan dan menjaga apa yang masih ada."

"Habis, bagaimana dengan ummah yang perlu diislah kalau betul itu sahaja penyelesaiannya?"

Sinan menghela nafas. "Disinilah ujiannya. Hendak membebaskan Palestina, perlu amal jamaie. Amal jamaie tidak semestinya buat satu kerja sama-sama. tapi kita buat banyakl kerja, untuk capai satu matlamat yang sama. Amal jamaie tidaklah bermakna kita disini berperang, yang lain pun kena perang juga. Amal jamaie disini yang diperlukan adalah, kita berusaha bertahan, dan masyarakat diluar sana berusaha mengislah diri mereka." jawab Sinan panjang lebar.

"Patut la...." Aku teringat sesuatu.

"Patutlah apa?" tanya Sinan.

"Aku teringat yang Khaled Mesy'al ada berkata, apabila orang bertanya apa yang perlu dilakukan oleh orang yang diluar Palestina, dia menjawab: Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada Islam yang sebenar. Itu adalah bantuan terbesar kamu untuk kami."

Sinan tersenyum."Ya, sebab tanpa kesedaran dan pengislahan ummah, maka Palestina ini tetap tidak akan terbebas sampai bila-bila"

Baru aku faham. Jihad kami bukan jihad semata-mata merampas semula satu kawasan yang dijajah. Jihad kami adalah bertahan, sambil terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di luar sana bergerak mengislah diri mereka dan akhirnya barulah bersatudan membebaskan tanah mulia ini. Amal jamaie.

"Habis, bagaimana mereka di luar sana?"Aku bertanya lagi.

"Janganlah risau akan hal itu. Kalau Palestina ada kita, di negara-negara lain pun, ada orang-orang seperti kita. Cuma mereka mungkin tidak mengangkat senjata. Mereka bergerak mengislah masyarakat dengan fikrah mereka, mengajak ummah agar kembali kepada Islam yang sebenarnya."

"Benarkah?"

"Benar,bukan kita sahaja yangfaham penyelesaian kepada masalah Palestina ini."

Aku gembira. Aku rasa sangat gembira. Maka sekarang, tugas akami adalah bertahan, terus-terusan menjaga tanah ini. Aku rasa bersemangat. Aku nampak matlamatku. Ak-47 kupeluk erat, meluahkan gembiraku kepadanya.

Sinan terus tersenyum. Kami memandang langit bersama-sama. Moga Allah mencampakkan hidayah kepada semua yang berada di luar sana. Kami akan terus bertahan, menanti kebangkitan saudara-saudara kami di luar sana untuk sedar dan bergabung berjuang dengan kami nanti. Bila tiba saatnya, kami akan memenangi peperangan ini, seterusnya disokong seluruh saudara kami di luar sana. Senyuman aku tidak lekang, melalui malam.

Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu....