SALAM

Monday, March 28, 2011

HUKUM MENGGANTUNG GAMBAR

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.....

Alhamdullilah kerana Dia yang menciptakan semua makluk di dunia ini, masih lagi memberi peluang dan ruang untuk diri ini berkongsi sesuatu di blog yang cukup cantik dengan ilmu dan peringatan bersama...

Perjumpaan dengan akhwat2 minggu lepas di medan muamalat Alhamdullilah berjalan lancar mengikut ape yang dirancang, bersyukur pada ALLAH yang telah memudahkan segala urusan. Perjumpaan kali telah timbul satu mushkilah yang ana sendiri terfikir-fikir. Inyaallah ana berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat daripada internet..



Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah





Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?
Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : 
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku 
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.


Sekali baca pada perawalan jawapan ini risau juga sebab kat rumah mahupun kat bilik di asmara ni memang banyaklah gambar yang ada terutamanya gambar satu family. Tapi Alhamdullilah terjawab jgk akhirnye. Semoga artikel jawapan ini dapat dijadikan panduan bagi yang masih tertanya-tanya tentang hukumnya..Semoga ape yang dibuat mendapat redha Ilahi..amin..

~Bunga~

6 PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Sedang ana membelek-belek laptop tiba-tiba terbaca kisah Imam al-Ghazali dan anak muridnya, jadi khas untuk renungan kita bersama..

6 PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali 'Imran, 3: 185)

KEDUA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. 

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf, 7: 179)

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : "besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul  amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

p/s: ana ingin memohon maaf sebab tidak dapat sertakan nama penulis di atas, semoga Allah memberikan pahala yang terbaik di atas amal yang dilakukannya.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami dalam AgamaMu dan tetapkan hati kami dalam MenaatiMu. Amin ya Rabbal 'Alamin.

~muslehah~

Monday, March 21, 2011

UBAT HATI

Bismillahhirahmannirahim....



Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di 
dalam majlis orang-orang yang soleh ”.






Sebagai akhwat yang ditarbiyah, kita sudah biasa dengan istilah "ubat hati", Iaitu salah satu cara untuk mencari penawar atau sesuatu amalan yang boleh dibuat bagi membaiki hati kita yang bermasalah. Namun sejauh mana kita mempraktikalkan apa yang kita tahu dalam kehidupan sebenar. Kadang-kadang pabila kita menghadapi satu-satu masalah terutamanya melibatkan hati, kita lebih cenderung untuk meluahkan masalah itu terlebih dahulu berbanding kita berfikir untuk mencari ubat hati yang kita tahu. Just sebagai peringatan biasa bagi diri ini dan orang-orang yang terlepas pandang.. 










~bunga~

Muwasafat Tarbiyah: Tersusun Urusannya..

Alhamdulillah, hujung minggu yang baru berlalu walaupun memenatkan fizikal, tapi mental masih mampu menerimanya. Perjalanan malam berbantalkan kerusi bas yang tidak berapa empuk masih mampu melenakan diri di dalam bas kerana penat di siang hari.

Indahnya berada dalam jalan ini menyebabkan diri sangat cinta padanya. Salah satu medan tidak asing bagiku, membesar bersama akhwat lain di medan tersebut dalam keadaan bertatih dan masih lagi mengunjungi medan itu setiap minggu walaupun sudah berada di IPT.

Berjumpa dengan akhwat di DHL membuatkan hati makin ingin bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah di medan ini. Memeras otak memikirkan cara dan jalan yang terbaik untuk terus memberi kesinambungan dakwah di medan ini.

Kata-kata saidina Ali: “Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.”

Jadi mari sama-sama kita menyusun rangka kerja kita sebaik mungkin agar ia dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang dibuat.


Salah satu muwasafat tarbiyah yang perlu di penuhi oleh seorang ikhwah atau akhwat yang sedang ditarbiyah adalah tersusun urusannya.

Memang senang untuk ditaip dan bertambah senang untuk dilafazkan tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan serta mengamalkannya. Ia memerlukan mujahadah(kesungguhan) yang tinggi dalam menempuhinya.

Jika kita asyik mengeluh dengan mengatakan “banyak assignment”, “mid-term exam berderetlah”, “tak sempat nak ziarah”, “tak prepare taklim lagi” dan kerap kali terdengar “tak siap task halaqah malam ni”. Jadi apa yang kita dapat, hanyalah kesibukan yang berpanjangan sebab apa yang dikatakan oleh seseorang dikira doa dan apa yang difikirkan dan apa yang dikatakan itu yang akan menyebabkan anggota badan bertindak melakukannya.

Jadi kita perlu berfikiran positif dengan terus melakukan planning setiap minggu dan ‘to do list’ setiap hari, insyaallah kita akan mampu melakukannya. Usaha, doa dan tawakal pada Allah sangat diperlukan dalam kita beribadah seharian kepada Allah.

Ana mengingatkan diri ana terutamanya dan semua ikhwah dan akhwat agar kita menjadi seorang yang tersusun urusannya walaupun ia melibatkan dunia atau pun akhirat. Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan menerima amal-amal kita sebaik mungkin. Jom kita jadi seorang yang tersusun urusannya dengan melakukannya dengan bersungguh-sungguh!

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati kami, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

p/s: asif lambat send, hari sabtu seharian laptop ana tidak bersama ana.

~muslehah~

Friday, March 18, 2011

Luahan rasa , konfius...

Pengalaman mengajarkan untuk kita lebih matang
perkongsian membuatkan kita makin kuat
Moga semuanya kerana iman
dan bukan sebaliknya

bismillahirahmanirrahim

Wajarkah diri ini merasa cukup terhadap nikmat Allah? tanpa sedar Allah mengganjarkan kita rasa bahagia dalam dunia yang hanya pura2. Duniaku, dimensiku, hidupku..semuanya milik aku..

Bongkaknya manusia bila mana merasakan segala nikmat adalah kerana kepintaran, kepandaian  dan ilmu yang dimilikinya.. Wahai manusia sedarlah bahawa semua yang kita miliki hanya pinjaman yang tak tau bila akan di ambilnya kembali. mahukah kita menjadi Qarun versi moden?

Dia(Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi(harta itu) semata-mata kerana ilmuyang ada padaku"
(Al-Qasas:78)

Terkadang manusia itu, melakukan sesuatu kerana ilmu. Tapi ilmu tanpa hikmah akan membinasakan akhirnya.  Dalam nak ajak manusia kepada kebaikan , jika bersandarkan ilmu sahaja tidak mencukupi. Analoginya seperti bola ping pong.. ilmu itu ibarat bola ping pong . Dalam skill nak menegur jika kita menegur kerana ilmu..ia seperti kita melambung bola dan akhirnya kita smash bola itu. Ibaratnya kita mengangkat ilmu yang kita miliki dan menghukum tanpa menyelidiki. Pasti pahit bagi yang mendengarnya.

Contohlah, selalunya bila lihat kawan2 yang tak tutup aurat..pasti ramai yang akan menganggap ianya teruk. Tapi sedarkah kita bahawa mungkin disebabkan kurangnya kita berperanan menegurnya membuatkan mereka leka dengan dunia yang pura2 ni. Zalim kita tak tegur mereka. Mungkin mereka jahil dalam bab ni.

to be continued..

created by: AQ

Monday, March 14, 2011

JANGAN MEMILIH

ASSALAMUALAIKUM...





Bismillahhirahmannirahim..dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang masih lagi memberi peluang dan ruang untuk ana mencatat sesuatu di blog ini..
Tapi kali ini bukan sesuatu yang panjang untuk diconteng, mungkin sekadar tulisan yang ringkas atau apa yang terlintas di fikiran.

Setiap orang mempunyai kawan, teman, sahabat, sodiq, mahupun friend, tapi sejauh mana mereka semua kita hargai. Adakah sekadar gelaran yang disimpan di minda atau sekadar nama yang disebut atau sekadar teringat bila memerlukan atau mereka semua benar-benar utuh dalam hati kita sebagai orang yang kita sayangi dan hargai selain daripada keluarga. Jangan kita memilih sahabat atau teman yang kita rasa sayang dan selesa dengan mereka semata-mata, sedangkan kita tidak berusaha membina perasaan sayang dan selesa itu dengan kawan dan sahabat-sahabat yang lain. Jangan lah kita harapkan mereka untuk kita mampu melahirkan perasaan nikmat dalam sesebuah persahabatan, tapi biarlah kita yang tanamkan ia terlebih dahulu. Jangan lah buat layanan endah tak endah pada mereka yang kita rasa tak ada sayang buat mereka, sekurang-kurangnya hargailah mereka..
Hadis Arba’I, hadis ke 13:
                “Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari Muslim)

Hanya sebagai peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Hadis di atas jelas bahawa kita tidak patut mencintai saudara kita yang tertentu sahaja tapi semua yang bergelar saudara seakidah dengan kita terutama teman seperjuangan. Sama-sama lah kita memperingati diri kita..Asifah jiddan…



~bunga~

Sunday, March 13, 2011

Nikmat Allah....Lafazkan syukurmu!

Sungguh indah ciptaan Tuhan
Laut membiru nyiur melambai
Ombak menderu memukul pantai 
Hati yang resah menjadi damai..




Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat dan masa lapang..Moga tak lalai menjalankan amanah Ukhti!

Sedikit coretan dan pesanan dariku untukku..hehe

Alloh maha besar
dgn sgala keagungan milik mu
Alloh maha besar 
segala puji untuk mu

bayi yang lahir
nyawa yang hilang 
setiap insan
semua telah di tuliskan

burung yang terbang 
ikan berenang
karena Alloh

tiada satupun 
yang tak terencana
daun yang jatuh dan hujan yang turun
setiap musibah dan kematian telah di tuliskan

Alloh yang Maha Pencipta
tak satupun kekurangan
alloh yang maha besar
sgala puji untuk mu

ref...
Alloh Maha Besar 
dgn sgala ke agungan milik mu
Alloh Maha Besar 
sgala puji untuk mu...2x
Segala ciptaan Allah tidak pernah sia-sia..penciptaan langit, bumi, hidupan malah lalat yg kecil pun ada manfaatnya..hanya orang-orang yang berfikir sahaja akan menghargai segalanya..Mari kita lafazkan syukur!


Saturday, March 12, 2011

Ajal Pasti Tiba

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Allah masih memberikan kita nikmat untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang akhwat yang berada di sini. Semoga ukhti berada dalam redha Illahi dan semoga ukhti makin mendekatkan diri pada Allah.



Setiap tahun, pasti kita akan menyambut hari ulang tahun kelahiran kita dan tanpa kita sedari sudah makin bertambah usia kita di dunia ini dan semakin pendek usia kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Kita sering menyambut hari lahir kita dengan sedikit jamuan atau lebih sinonim dengan “birthday parti” tetapi kita kurang muhasabah diri pada hari lahir kita dengan memikirkan berapa amal yang telah dilakukan sepanjang hidup di dunia ini.

Semakin hari kita sibuk dengan kehidupan dunia sehingga kita sering terlupa untuk beramal untuk kehidupan di akhirat kelak yang kekal abadi. Inilah sifat manusia yang sering lupa akan tugasnya yang utama di dunia ini. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Semoga kita sentiasa ‘refresh’ niat kita agar amal yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t..

Semalam semasa berada di kafe terpandang siaran berita di televisyen, sungguh menyayat hati. Ana tidak dengar di mana tempatnya tapi dapat lihat suasana di tempat tersebut iaitu gempa bumi di Tokyo, Jepun yang mengakibatkan tsunami (tempat ni pun tahu pagi tadi lepas buka berita harian online). Jadi untuk mendapatkan kepastian di mana tempat tu ana bertanya kepada pak cik cashier, tapi ana dapat respon yang tidak menjawab soalan ana tapi menyindir ana dengan mengatakan “Aii.. takkan tak tahu, dunia dah nak kiamat dah.” Terasa ana saat tu, tapi bila teringat apa yang dikatakan pakcik tersebut dan caranya menjawab soalan ana, ana jadi sedih kerana senang sahaja manusia mengungkapkan perkataan dunia nak kiamat tapi persiapan untuk beramal dengan sebaiknya tidak seiring dengan apa yang diperkatakan.


Muhasabah ana bersendirian tatkala Allah menegur ana dengan apa yang dikatakan oleh pakcik tersebut. Terima kasih Allah dan terima kasih pak cik. Semoga kita sentiasa bermuhasabah agar setiap yang kita terima diambil secara positif walaupun ditegur atau dikritik secara kasar.


“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” (Al-A’raf, 7 :34)

Berbalik pada tajuk asal, setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Jadi kita perlu menyiapkan diri bagi menghadapi kematian yang pasti terjadi. Semoga Allah meredhai setiap detik-detik dalam kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

~muslehah~

Tuesday, March 8, 2011

Mari Tadabur Alam




in the name of Allah The Most Gracious & The Most Merciful
Assalamualaikum....
Selalunya saya sering ajak kalian untuk tadabur ayat Quran tapi kali ini kita beralih kepada tadabur alam pula ye. Tadabur surah An-Naba kita sambung kemudian hari ye. 
Kawan-kawan jom kita lihat gambar-gambar di bawah, saya nak bawa kalian semua ke tempat berkenaan tak mampu,kita tengok gambar jadi lah ye...

subhanallah... cantikkan. Ketiga-tiga gambar ini merupakan pemandangan dari surau Mardi Bukit Tangga.
 






Jom kita tengok gaambar lain pula.

Gambar di atas ni pula ialah gambar di sekitar ladang mangga komersial, Mardi Bukit Tangga. subhanallaah Maha Suci Allah. Cantiknya ciptaan Mu

 
Gambar ni pula gambar dari atas pondok di kawasan ladang mangga sala milik En. Hamid, Perlis.

Gambar seterusnya mesti budak-budak UUM familiar. Pemandangan di bawah diambil sewaktu matahari nak terbit di Lebuh Raya ke UUM di hadapan Taman Universiti.
  
Sama-sama kita lihat semua gambar-gambar di atas dengan mata hati. Rasa tak betapa agungnya kuasa Allah yang Maha Pencipta? segala ciptaanNya sempurna tiada cacat cela. Mari kita lafazkan takbir & tahmid memuji kekuasaanNya. 

3:190-191

by sumayyah maaf lambat 







Monday, March 7, 2011

TERIMA KASIH RABB KU

Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani yang mencipta dan mentadbir seluruh alam, yang menetapkan segala takdir bagi semua makhluk. Dia yang berkuasa atas segala-galanya..
Tetiba hari ini hati ingin melakar cerita diri, mungkin sebagai luahan hati atau sekadar coretan biasa sebagai peringatan hati pada Sang Khalid..Semalam hari ahad 6 mac 2011 bersamaan 1 rabiulakhir 1432h. Ujian dan nikmat datang silih berganti pada hari ini, adanya suka adanya duka yang menguji ketabahan hati dalam menghadapinya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan…….(2:214).

Penciptaan cuaca yang aman pada awalnya dengan cahaya matahari yang menyinari alam semester. Pada jam 10 pagi Allah masih lagi memberi nikmat pada diri untuk meneruskan perjuangan dalam amanah yang dipikul, di panjatkan kesyukuran padaNYA sehingga perjuangan untuk hari ini selesai pada jam 2 petang. Kemudian masih lagi diberi kekuatan untuk terus melangkah mencari santapan jasmani untuk tengah hari ini dengan mendapat nikmat makanan yang dah berhari-hari diidamkan namun agak dukacita disebabkan nikmat yang diperoleh tidak mampu untuk dinikmati dengan romate2 walaupun dah berminggu-minggu merancang, namun Allah tetap mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Kemudian langkah diteruskan lagi menuju ke pejabat asrama untuk mendapat kepastian berkenaan pelekat untuk motor kesayangan, Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusannya, walaupun tak diluluskan permohonannya tapi diri ini masih lagi diberi peluang untuk mengisi borang buat kali kedua permohonan, mungkin salah diri juga permohonan pertama ditolak, syukur padaMU kerana masih lagi memberi diri ini peluang dan ruang. Tapi agak terkilan disebabkan ingin menyelesaikan permohonan kedua, ayahanda tersayang di kampung terpaksa disusahkan, ayahanda terpaksa berkejaran ke pejabat sebelum tamat operasi untuk hari ini demi menyelesaikan surat-surat yang diperlukan, besarnya pengorbananmu ayahanda tercinta, tak terbalas oleh diri ini,

 “Abah, jah mohon ampun jika ada salah dan silap yang menguris hati abah, doakan kejayaan jah di sini, hanya doa jah mampu iringi demi kebahagian abah dan mak ”.

Dan Rabb-mu telah memerintahkan kpd manusia janganlah ia beribadah melainkan ha kpdNya dan hendaklah beruntuk baik kpd kedua orang tua dgn sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari kedua atau kedua-dua telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kpd kedua ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan katakanlah kpd keduanya perkataan yg mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua dgn penuh kasih sayg. Dan katakanlah, “Wahai Rabb-ku saygilah kedua sebagaimana kedua menyaygiku di waktu kecil” (17:23-24).

Terima kasih Allah dengan nikmat ibu bapa yang terlalu penyayang dan ambil berat terhadap anak-anaknya..

 Namun petangnya titisan air dari langit mula menunjukkan diri ketika diri ini sibuk menyelesaikan surat –surat yang diperlukan sehingga makanan yang dibeli tak mampu untuk disentuh. Ini lah hikmah Allah untuk tidak lunch sama2 dengan romate2 tersayang. Dalam sibuk mencari jalan penyelesaian untuk surat-surat yang diperlukan, ada akhwat yang datang menghulurkan bantuan, walau dalam keadaan hujan yang sangat lebat, akhwat sanggup bersusah bersama diri ini meredah hujan yang lebat sehingga kami berada dalam kesejukan demi menyelesaikannya. Walaupun berada dalam ujian suratnya, ujian hujan yang berlebatan dan ujian motosikal yang down, namun Allah masih lagi memberi nikmat ukhwah ketika berada dalam keadaan seperti ini. Namun satu lagi ujian yang perlu ditempuhi apabila motor kesayangan meragam buat kali ke berapa pun dah tak ingat. Sungguh hebat diri ini diuji dengan kenderaan yang satu ini, hanya kesabaran yang mampu dilaksanakan, tapi kami masih bersyukur kerana tiada berlaku kecelakaan walaupun motor hampir terbalik.
“Jazakillah ukti kerana bersama ana walau terpaksa bersusahan dengan motor dan  meredah hujan yang lebat, hanya kalimat keramat TERIMA KASIH yang mampu ana ucapkan. Sayang enti kerana Allah “. 
Yang Allah diri ini bersyukur dengan nikmat sahabat yang Engkau kirimkan.

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (49:10).

 


Alhamdulillah, motor pun dah masuk hospital yang sepatutnya, pak cik yang tak pernah jemu membantu telah datang membawa ia pergi buat seketika. Semoga dipermudahkan Allah atas urusan yang dibuat.
Hanya sekadar coretan hati yang ingin diluahkan atas apa yang telah dihadapi sebagai peringatan diri bahawa hanya Allah yang berkuasa atas semua perkara dan ujian yang dihadapi sebagai peringatan untuk kita atas dosa-dosa yang lalu. Sesungguhnya kita yang merancang untuk sesuatu tapi jika Allah kata tidak, perkara tersebut tak akan berlaku. Jika dibilang antara nikmat dan ujian untuk satu hari ini sahaja, nikmat melebihi daripada ujian, jadi kenapa kita nak sombong padaNYA sedangkan Dia sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya. TERIMA KASIH RAB KU.

~bunga~

Sunday, March 6, 2011

Sabar

Teringat satu mesej yang diterima dari seorang akhwat ketika sedang bercuti pada cuti semester tahun lepas. Mesej di reply oleh akhwat tersebut apabila diri ini menyatakan betapa teruknya iman ketika berada di rumah di mana mutabaah amal yang dilakukan tidak lagi membuatkan hati bersungguh-sungguh dalam melakukannya. Mesej tersebut masih lagi tersimpan kemas di dalam handphone.

Insyaallah, ana ingin berkongsi tentang isi yang sangat penting dari mesej tersebut. Isi kandungan mesejnya adalah berkaitan sabar daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang disampaikan oleh Ustaz Zambri. Rancangan Tanyalah Ustaz ditonton oleh akhwat ini pada hari yang sama ana mesej padanya.


Sabar itu ada tiga keadaan: 
1) Sabar dalam menghadapi ujian
2)Sabar dalam ketaatan pada Allah
3) Sabar dalam menghindari maksiat

Insyaallah, sebagai seorang akhwat yang ditarbiyah kita sering dididik agar menerapkan dan mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian kita kerana kita yakin dengan matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah.

Ayat yang sangat ana terkesan dari mesej tersebut adalah “Ukhti, kita mungkin tidak bermaksiat seperti pelaku maksiat yang lain (contohnya berzina, minum arak, couple dan lain-lain) tetapi maksiat yang mungkin kita lakukan adalah dengan tidak menjaga hubungan dengan Allah.”

Insyaallah, kita mudah menjadi seseorang yang sangat bersabar dalam menghadapi ujian dan menghindari maksiat secara berterusan kerana kedua-dua keadaan ini akan membuatkan kita lebih berhati-hati dan berfikir secara positif serta redha dengan ketentuanNya. Tetapi sabar dalam ketaatan sangat sukar untuk kita berbuat dalam keadaan berterusan (istiqamah), kerana kita tidak diasak dengan ujian yang berat tetapi sabar dalam ketaatan memerlukan kita melakukannya secara rela dalam setiap ibadah.

Kita sukar untuk bersabar dalam menjaga mutabaah harian seperti tilawah, dhuha, qiamulail, istighfar, mathurat dan puasa sehingga kadang-kadang kita merasa tidak apa jika kita meninggalkannya sehari/sekali dalam seminggu. Kita juga sukar untuk bersabar dalam menjaga mutabaah amal sehingga akhirnya kita berputus asa dan merasakan mutabaah amal menjadi beban pada diri kerana niat yang salah.


Apabila sekali sahaja kita bermaksiat kepada Allah dengan tidak menjaga hubungan denganNya. Keadaan ini memberi impak/kesan yang sangat besar pada iman. Na’uzubillahiminzalik, semoga Allah mengampuni dosa kita dan menjadikan kita hamba yang sentiasa sabar dalam ketaatan kepadaNya.


Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

Ya Allah, yang membolak-balikkan hati ini, tetapkan hati kami dalam agamaMu dan tetapkan hati kami dalam menaatiMu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

p/s: asifah lambat send

~muslehah~


Tuesday, March 1, 2011

Refleksi iman: sudahkah kita Khusyuk?

Setinggi-tinggi syukur dirafakkan pada Allah Azza wa Jalla, pemilik hati dan jasad. Selawat dan salam ke atas junjungan agung , Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam diperpanjangkan pada ahlul bait, sahabat wa sahabiah, para tabi’in, tabiut tabiin, para salafussoleh  dan  segala mukmin dan mukminat yang masih teguh memperjuangkan kalimat ulya, La ila ha ilallah. Moga Allah rahmati kita
                
Lumrah hidup tidak pernah lari dari masalah. Persoalannya camne kita  tangani segala masalah itu semasa kita hendak berjumpa dengan Allah semasa solat? Mungkin kekadang terasa nak ekspress..tapi itukah hadiah yang wajar diberikan padaNya?

                Persoalan untuk khusyuk dalam solat begitu kompleks untuk di aplikasi pada hari ini. Sirah mengajarkan bahawa para pendahulu begitu mudah merehatkan diri dengan solat dan membaca kalam Allah. Teringatkan kisah Rasulullah bsama Abdullah ibnu mas’ud. Pada waktu itu, Rasul meminta Abdullah membaca al-quran untuknya. Sesi dialog bermula..

Layakkah Aku untuk membaca kan ayat2 Allah untukmu sedangkan engkau seorang yang mulia dan Allah mewahyukan ayat2 tersebut kepadamu

Disebabkan engkau adalah seorang pembaca Al-quran terbaik ya ibnu mas’ud menyebabkan aku suka jika engkau yang membacakan kalam2 Allah itu untuk kudengari

                Abdullah ibnu mas’ud merupakan sahabat yang elok bacaannya sehinggakan malaikat juga suka berjemaah dengannya ketika solat. Subhanallah..

                Realitinya, mari kita renungi bagaimanakah caranya untuk khusyuk?

Sebelum itu, suka saya mengajak untuk kita sama2 berfikir:

"Apa pandangan anda  jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" 
“Apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" 

Takpelah dah terlanjur tulis , baik saya jawabkan…

Sudah tentu dia tak berapa takut, kita pulak yang takut biasanya" 

Tindakan kita adalah refleks daripada ILMU dan KEYAKINAN.. sudah tentulah kanak2 berusia setahun tidak akan takut bila berada di cerun kerana ilmu yang ada pada mereka tidak sampai ke tahap untuk mereka menjauhi bahaya. Berbeza pula kita , dimana apabila berhadapan harimau.. mesej yang sampai pada otak mengisyaratkan BAHAYA dan perlu untuk kita menghindari. Hormon Adrenalin pula menghantar impuls ke otak untuk menjauhi keadaan bahaya tersebut..

*Adrenalin hanya akan dirembeskan bila kita berada dalam keadaan bahaya atau takut

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً
Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"



Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Masalah  yang dialami oleh kita kerana tak khusyuk ini melambangkan ilmu dan keyakinan kita masih tidak kukuh  tentang kebesaran dan kekuasaan Allah Azza wa jalla.  Natijahnya sukar untuk kita faham dan aplikasi dalam kehidupan. Oleh itu , dekatilah Allah dan KENALI lah dengan pembacaan dan doa agar mudah untuk kita rasakan kebesaran Allah di hati, dan menghayati ibadah solat yang kita lakukan seharian. Allah Maha Penyayang dan Pengasih. Jangan jemu untuk meminta padaNya!




*Peringatan buat diri penulis khasnya dan selebihnya kepada pembaca

Diolah:  Aina Qalbyna